Tuesday, July 24, 2012

Jangan cari saya, saya mahu berehat dan tenangkan fikiran


Tiada apa yang lebih bermakna buat penyanyi Ariel Peterpan selain daripada bersyukur kerana dibebaskan dari penjara Kebun Waro di sini pada bulan penuh kemuliaan. Pembebasan itu jelas Ariel, merupakan hikmah yang amat besar buatnya selepas melalui fasa yang menyulitkan sebagai banduan selama dua tahun. Bagaimanapun, Ariel enggan untuk menjelaskan panjang lebar mengenai hikmah yang diperoleh kerana bimbang tersalah cakap. "Apa yang dapat saya simpulkan mengenai pembebasan ini ialah sesuatu yang tidak disukai belum tentu tidak bagus buat kamu.


"Dalam kesulitan ini (hidup dalam tahanan) saya menemui banyak hal yang positif dalam hidup," kata Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham pada sidang akhbar di sini hari ini. Pada sidang media yang diadakan tujuh jam selepas beliau dibebaskan dari penjara Kebon Waru di sini, Ariel mesra melayan pertanyaan dan sentiasa melemparkan senyuman.






.

1 Penyokong CHELSEA:

Unknown on July 24, 2012 at 12:19 PM said...

biarlah kenangan lalu menjadi pengajaran buat masa akan datang nanti.. apa2pun, mulakan hidup baru bro ariel. jgn dikenang2 lagi kisah yang lama tu.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!