Wednesday, July 4, 2012

Mari kita intai rupa anak Cristiano Ronaldo yang sudah besar!


Dia tidak mungkin menjadi ibu kandung kanak-kanak ini. Tetapi jelas dilihat bahawa Irina Shayk telah terikat dengan anak teman lelakinya. Model berusia 26 tahun itu dilihat membawa Cristiano Ronaldo Jr menaiki kapal layar di St Tropez.


Irina dilihat memegang kanak-kanak itu, yang dilahirkan oleh seorang ibu tumpang musim panas yang lepas, apabila mereka melangkah keluar di bawah sinar matahari di Perancis. Kanak-kanak itu kelihatan comel dengan topi ke belakang dan baju berwarna kuning.


Irina telah menikmati seharian menaiki bot dengan teman lelakinya pemain bola sepak Cristiano, manakala ahli keluarga yang menjaga anaknya.

Irina menunjukkan badan yang hebat dalam bikini oren terang sambil disinari cahaya matahari menaiki kapal mewah. Pasangan itu dilihat mesra bergurau sesama sendiri.






.

2 Penyokong CHELSEA:

Solehah Shamsuddin on July 4, 2012 at 1:05 PM said...

lorr igtkan Ronaldo dh kwin,rupanya anak tu dari ibu tumpang. comey je

Anonymous said...

comel la budak tecik ni.. :) tapi di Malaysia xleh buat ibu tumpang. kang jadi mcm2 perkara pelik.. hihihi

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!