Thursday, July 26, 2012

Nafikan diculik.. Bakal berjuang pertahankan hak


Ketiga-tiga anak Michael Jackson pada Rabu telah diberikan seorang penjaga baru dalam kes perebutan hak penjagaan dalam keluarga pemuzik terkenal itu yang melibatkan harta bernilai berjuta-juta dolar dan ibu yang sudah tua. Hakim Mahkamah Los Angeles, Mitchell Beckloff memberikan penjagaan sementara anak-anak kepada sepupu mereka Tito Jackson Jr, 34, atas permintaannya, selepas huru-hara seminggu yang berlaku akibat laporan kesihatan yang bercanggah ke atas kesihatan dan kedudukan ibu tua, Katherine Jackson dalam keluarga. Beberapa jam selepas pendengaran mahkamah, Khamis, Katherine Jackson sedia ditemuramah buat pertama kali sejak tercetusnya desas-desus dan laporan kehilangannya dengan menafikan beliau telah diculik oleh anaknya sendiri sambil berkata tentang hidupnya yang musnah apabila Prince Michael, 15, Paris, 14 dan Blanket, 10, "telah diambil dari saya".


Katherine Jackson, 82, yang telah dilantik sebagai penjaga anak-anak dalam wasiat anaknya, Michael, telah dilaporkan hilang dan tidak dapat ditemui oleh cucunya, Paris minggu lalu. Beliau kemudian dikatakan ahli keluarganya perlu berehat di bawah arahan doktor di rumah salah seorang anak perempuannya di Arizona. "Terdapat khabar angin mnyatakan bahawa saya telah diculik," katanya kepada ABC News dalam satu temu bual. "Saya di sini hari ini untuk membiarkan semua orang tahu bahawa saya berada dalam keadaan baik...anak-anak saya tidak aakan melakukan apa-apa perkara kepada saya seperti itu," tambah beliau. Katherine Jackson berkata, keputusan mahkamah yang memberi penjagaan sementara cucunya Tito adalah "berdasarkan komplot pembohongan."


"Saya kecewa apabila saya tiada, cucu saya telah dirampas daripada saya, dan saya kini kembali pulang," tambah beliau. Ketegangan dan pertikaian dalam keluarga ini terbongkar kepada orang ramai awal minggu ini melalui video keselamatan yang menunjukkan konfrontasi Paris dengan emak saudaranya, Janet Jackson di perkarangan tempat letak kereta berhampiran Los Angeles. Janet Jackson dan empat adik-adiknya terbabit dalam pertikaian mengenai kesahihan wasiat yang ditinggalkan oleh Michael selepas kematian mengejut beliau pada tahun 2009. Wasiat menetapkan harta pusakanya di tangan dua waris bukan keluarga.- Reuters






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!