Usain Bolt mencatat sejarah hari ini apabila pelari Jamaica itu berjaya mempertahankan pingat emas acara 200 meter Olimpik, iaitu pingat emas kedua dalam acara pecut. Selepas kejayaan acara 100 meter Sabtu lalu, kali ini Bolt merakam kejayaan lagi dengan mencatatkan masa 19.32 saat di depan leboh 80,000 penonton di Stadium Olimpik. Kejayaaan pelari berusia 25 tahun ini sekali gus memperbaiki rekod pelari trek lagenda Amerika Syarikat, Carl Lewis, yang menang tiga emas dan satu perak dalam acara pecut pada Olimpik 1984 dan 1988.
Ia juga kali pertama dua acara trek individu dipertahankan dengan kali terakhir oleh pelari Finland, Lasse Viren yang menang emas acara 5,000 meter dan 10,000 meter di Olimpik Munich dan Montreal Games pada 1972 dan 1976. Kejayaan Bolt lebih manis buat Jamaika apabila rakan pelatihnya, Yohan Blake turut menaiki podium dengan menang perat (19.44 saat) dan Warren Weir untuk gangsa (19.84 saat). - AFP
.
2 Penyokong CHELSEA:
suka tengok dia lari,, mcm kilat
hadoi! laju giler~~~~
Post a Comment