RAMADAN kali ini menjadi detik duka buat selebriti Fouziah Gous yang kehilangan bapanya Mohd. Gous Ghulam, 76, hari ini. Perkara tersebut disahkan sendiri oleh aktres berkenaan menerusi laman sosial Twitternya. Bagaimanapun, kerana masih terkejut dan bersedih, Fouziah enggan ditemu bual media. Namun menerusi pengurusnya, Noza, Allahyarham meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital kira-kira jam 10 pagi tadi. "Arwah sememangnya menghidapi beberapa penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.
Beberapa jam sebelum Fouziah meninggalkan rumah untuk ke lokasi penggambaran, tidak ada apa-apa perubahan pada arwah. "Tapi kira-kira jam 11 pagi, kami menerima berita sedih ini dan Fouziah sememangnya amat terkejut apatah lagi dengan Lebaran yang akan menjelang tujuh hari lagi," jelasnya menerusi khidmat pesanan ringkas. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Sajadi Ibrahim, 58 dan lima anak termasuk Fouziah. -SH
.
1 Penyokong CHELSEA:
moga tabah dengan kehilangan ini
Post a Comment