AKTRES seksi, Megan Fox menyifatkan hubungan yang terjalin antaranya bersama suami, Brian Austin Green sebagai takdir. Pelakon yang kini sedang hamil anak sulungnya itu berkata, meskipun jarak umurnya dengan suami berbeza 12 tahun, namun dia menganggap mereka sebagai pasangan yang sudah ditakdirkan bersama. “Kali pertama saya melihatnya (Brian) perasaan saya sudah bertukar lain , malah saat dia pertama kali menyentuh saya juga, saya dapat rasakan seperti arus elektrik mengalir di badan. Sejak itu lagi hati saya terdetik inilah pasangan sehidup semati saya.
“Sejak bercinta dengannya pelbagai perkara baik berlaku dalam hidup saya. Lebih membuatkan saya gembira apabila anak tiri saya, Kassius dapat menerima saya dengan baik. “Walaupun bergelar ibu tiri tetapi saya begitu gembira membesarkan Kassius sendiri dan pengalaman sebegitu membuatkan hidup saya lebih bermakna,” katanya. Fox dijangka melahirkan anak pada hujung bulan September ataupun awal bulan Oktober ini.
.
1 Penyokong CHELSEA:
agak2 berapa lama hubungan dia ni bertahan?hehe
Post a Comment