Monday, August 27, 2012

Cuba tengok! Rumah ni boleh berputar


Seorang jurutera bernama Bohumil Lhota membuat rumah peribadinya menjadi mesra alam. Rumahnya ini memerlukan waktu sekitar 20 tahun untuk dibina. Reuters menyampaikan bahawa Lhota yang kini berusia 73 tahun, memulakan pembinaannya pada tahun 1981. Sekitar 100 km timur laut kota Prague, rumah ini dapat anda temui, yang memiliki kemampuan naik-turun dan berputar sendiri. Jika cahaya kurang, maka Lhota akan memutar rumahnya menuju arah cahaya. atau jika bosan dengan pemandangan di sana, dia akan merubahnya ke pemandangan yang lain. Dan jika terlalu panas, rumahnya akan diturunkannya. Di mana suhunya cukup stabil sekitar 5 darjah celcius.


"Jurutera yang lebih bijak pasti dapat membina rumah ini lebih cepat dari saya," ujar Lhota, "Saya akan senang jika ada suatu perusahaan yang dapat membuat rumah seperti ini secara lebih cepat. Mungkin akan perlukan waktu yang agak lama untuk menyiapkannya, tetapi dengan rekaan sebegini, rumah ini pasti menawarkan perspektif baru."







.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!