Monday, August 27, 2012

Kerana gilakan game online, ibu bapa ini sanggup jual anak. Bukan 1 tapi 3 orang anak..


Hati-hati jika bermain game online kerana ianya boleh menyebabkan ketagihan yang sukar dihentikan. Biasanya orang yang sudah kecanduan akan melakukan apa pun agar tetap bermain game online. Seperti kes yang satu ini. Sepasang suami isteri di China, Li Lin and Li Juan, sanggup menjual tiga anaknya hanya agar untuk membayar permainan online yang mereka sukai. Demikian yang dipetik dari Asia One, baru-baru ini. Pasangan ini mengaku bertemu pertama kali di sebuah cafe internet (warnet) pada 2007. Kerana mempunyai kesamaan, iaitu sama-sama menyukai permainan online, akhirnya mereka memutuskan untuk berkahwin di tahun yang sama. Setahun kemudian, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki.

Namun, mereka tidak mengurus anak tersebut. Mereka lebih memilih pergi ke cafe internet yang berjarak 30 km dari rumahnya, daripada menjaga bayi itu. Pada 2009, pasangan ini memiliki anak kedua, namun tidak lama kemudian mereka menjualnya dengan harga 3000 Yuan untuk membayar sewa internet. Lalu, mereka juga menjual anak pertamanya dengan harga 30000 Yuan. Kerana masih memerlukan wang, setelah memiliki anak ketiga, mereka juga menjual anak tersebut dengan nilai yang sama iaitu 30000 Yuan.


Ketika ditanya kenapa mereka sanggup menjual anak, pasangan itu menjawab "Kami tidak bermaksud untuk membesarkan anak kami. Kami hanya memerlukan wang daripada kehadiran mereka". Ibu Li Lin tidak dapat terima dengan apa yang dilakukan anak dan menantunya itu, sehingga dia melaporkan kes ini kepada polis.







.

2 Penyokong CHELSEA:

Unknown on August 27, 2012 at 7:49 PM said...

gila betul dorang ni..pelik2 je

Anonymous said...

Hey ! Ada anak pergi jual . Pelik sungguh . -_-"

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!