Saturday, August 18, 2012

Inilah cerita Robin Van Persie yang sudah berpindah dari Arsenal ke Manchester United


PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger mengakui beliau tiada pilihan melainkan terpaksa menjual Robin van Persie kepada Manchester United musim ini. United semalam mengesahkan bahawa mereka bersetuju membeli penyerang antarabangsa Belanda itu dengan bayaran £24 juta (RM117 juta) bagi mengikat kontrak selama empat tahun di Old Trafford musim ini. Van Persie dijangka ke Old Trafford dalam tempoh 24 jam bagi menjalani ujian perubatan, selain menilai segala terma dalam kontrak dengan United sebelum menandatangani kontrak.

Menurut Wenger, memandangkan kontrak Van Persie hanya tinggal setahun dan enggan menandatangani kontrak baru, dia terpaksa merelakan pemergian pemain berusia 29 tahun itu kepada United. "Bukanlah satu perkara yang menyeronokkan apabila kita kehilangan seorang pemain yang mempunyai kualiti seperti Van Persie tetapi saya tidak ada pilihan. "Dan kini, dia telah pergi ke United, memang satu perkara yang menyedihkan semua orang di Arsenal. "Apa-apa pun, saya ucapkan selamat tinggal dan terima kasih kepada Van Persie kerana banyak membantu kami pada musim lepas," kata Wenger.

Dalam pada itu, Wenger bagaimanapun tetap yakin dua pemain terbaru, Olivier Giroud dan Lukas Podolski mampu menggantikan ketiadaan van Persie. "Kami telah membawa masuk Giroud dan Podolski, saya yakin dua pemain baru ini mampu membantu Arsenal menghadapi musim baru, " katanya lagi.






.

1 Penyokong CHELSEA:

Unknown on August 18, 2012 at 8:36 AM said...

masih terfikir2.. adakah berbaloi pembelian MU ni agaknya..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!