Sunday, August 19, 2012

Juruterbang lupa mendaratkan pesawat kerana asyik ber-sms


Kejadian ini menimpa penerbangan Jetstar dari Australia. Saat itu pesawat yang terbang dari Darwin dan hendak menuju Singapura, nyaris gagal mendarat di Lapangan Terbang Changi kerana perhatian juruterbang teralih gara-gara menerima pesanan ringkas (SMS) di telefon bimbitnya. Sebenarnya pembantu juruterbang sudah mengingatkan bahawa pendaratan akan segera dilakukan. Namun juruterbang itu tidak dengar kerana sibuk membalas pesanan ringkas. Akibatnya, pesawat gagal mendarat dalam beberapa minit terakhir kerana juruterbang itu lupa menyampaikan isyarat kepada petugas lapangan terbang.

Kapten yang memiliki pengalaman lebih dari 13400 jam penerbangan, sebenarnya dalam proses membuka roda dan mematikan telefon bimbitnya, namun dia tidak memerhatikan permintaan pembantunya. Tidak sampai pesawat berada di 700 kaki, pembantunya sedar landing gear tidak turun. Nasib baik pesawat akhirnya dapat mendarat dengan selamat, walaupun nyaris saja membahayakan penumpang. Dewan Transport Australia terus melakukan penyelidikan. Dan ditemui sebab kejadian itu.

Juruterbang Jetstar terikat oleh peraturan yang sama seperti penumpang dimana mereka harus mematikan telefon bimbit selama lepas landasan dan pendaratan dan hanya boleh menggunakan option'modus penerbangan' saat di ketinggian. "Insiden semacam ini seharusnya tidak terjadi. Kami sudah melakukan latihan kepada juruterbang mengenai bila persiapan suatu pesawat harus didaratkan sehingga boleh diketahui waktu yang tepat bagi pilot untuk bersiap," tutur Jurucakap Jet Star.






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!