Seorang petani di Nepal tak sengaja menembak anaknya sendiri, setelah dia fikir dia adalah seekor monyet yang cuba mencuri tanamannya. Menurut polis Nepal, Chitra Bahadur Pulami tengah memanjat pohon untuk mengusir kera yang menggangu tanaman keluarganya, namun ayahnya Gupta Bahadur (55), mengira dia adalah seekor monyet, lalu melepaskan tembakan ke arahnya. "Anak lelaki itu berada di atas sebuah pokok di ladang mereka untuk mengusir monyet yang tengah mencari makanan," ujar Wakil Inspektor Polis di kawasan Arghakhanchi, Arun Poudel, seperti dipetik oleh Channelnewsasia.com. "Anak lelaki itu mati setelah Gupta Bahadur keliru akan ada monyet di pokok dan melepaskan tembakan. Penyelidikan awal kami menunjukkan bahawa dia tidak menyedari bahawa itu adalah anaknya," lanjutnya.
Pihaknya kata Arun telah menyita senjata api yang digunakan oleh Gupta untuk menembak anaknya tersebut. "Pistol yang dia gunakan untuk menembak anaknya sekarang di bawah penguasaan kami," tuturnya. Tiga spesies monyet asli Nepal, iaitu rhesus macaque dan Assamese dan lutung, dianggap haiwan suci. "Saya menyedari kesalahan saya hanya ketika anak saya jatuh dan terjebak di salah satu cabang pokok,"ucap Gupta dengan ekspresi penuh dengan rasa kesal.
.
1 Penyokong CHELSEA:
mesti dia rasa menyesal tak sudah ni kan..
Post a Comment