Sunday, September 30, 2012

Buka Pintu Pesawat Kerana Sangka Ia Adalah Pintu Tandas


Penerbangan Hong Kong Airlines dari Bali ke sini terselamat daripada malapetaka apabila seorang penumpang gagal membuka pintu kecemasan pesawat setelah menyangka ia adalah pintu tandas. Para anak kapal Hong Kong Airlines yang menyaksikan kejadian itu terkejut apabila mereka melihat seorang lelaki China berusia 52 tahun bangun dari tempat duduknya lalu berjalan menuju ke arah pintu kecemasan pesawat dan kemudian cuba untuk membuka pintu berkenaan.

Nasib baik dia gagal membuka pintu berkenaan dan kakitangan kabin dengan pantas menghalangnya secara fizikal daripada meneruskan niatnya itu. "Apabila dia disoal oleh polis, selepas mendarat, lelaki itu berkata dia berbuat demikian kerana menyangka ia adalah pintu tandas memandangkan inilah pertama kali dalam hidupnya menaiki pesawat," kata salah seorang kakitangan pesawat itu.






.

1 Penyokong CHELSEA:

mujagirl92 on September 30, 2012 at 9:38 AM said...

alhamdulillah,, kalau terbuka mcam mana la ye,,

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!