Saturday, September 29, 2012

Kerana terlalu sayangkan anak, ibu bapa ini menyimpan mayatnya 6 tahun dalam rumah


Beijing. Pasangan suami-isteri di China menyimpan mayat anak mereka selama 6 tahun di dalam rumah mereka. Hal ini kerana mereka terlalu menyayangi dan merindukan si anak sehingga tidak mengkebumikannya. Insiden ini dilaporkan terjadi di kawasan Chongqing, China seperti disiarkan The Star. Buah hati pasangan yang tidak disebutkan namanya ini, meninggal dunia 6 tahun lalu kerana sakit.

Namun pasangan ini memutuskan untuk tidak mengkebumikan anak mereka. Jasad anak lelaki ini disimpan di dalam almari pendingin besar yang ada di rumah mereka. Tapi sayang tidak disebutkan berapakah umur anak tersebut ketika meninggal dunia. Menurut media tempatan, Kwong Wah Yit Poh, setiap kali pasangan tersebut merindukan si buah hati, mereka akan membuka almari  pendingin dan memandang si anak. "Anak saya kelihatan seolah masih hidup. Dia terus berada di samping kami dan tidak pernah meninggalkan saya," tutur si ayah yang tidak disebutkan namanya ini.

Mengenai hal ini, pihak keluarga pasangan ini telah menasihati mereka untuk mengkebumikan jasad si anak. Namun nasihat tersebut sama sekali tidak didengar. Pasangan ini mengaku tidak sanggup jika harus kehilangan anak mereka. Sebabnya, pasangan ini juga kehilangan seorang anak mereka lainnya sekitar 15 tahun lalu. Anak perempuan mereka itu meninggal dunia kerana dehidrasi.






.

2 Penyokong CHELSEA:

boni kacak on September 29, 2012 at 11:07 PM said...

pun dekat china jugak.hehehe

rebellion on September 30, 2012 at 4:18 PM said...

boleh la tengok hari2, tu jer la dapat, ekekke

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!