Tuesday, September 4, 2012

Empat kali ditahan dalam tempoh 26 jam


Dalam tempo 26 jam, seorang wanita di AS ditahan hingga empat kali kerana memainkan lagu rock kuat. Joyce Coffey memainkan lagu dari band AC/DC berjudul "Highway To Hell" dan lagu lainnya dengan volume sangat kuat. Wanita warga Epping, New Hampshire, ini kemudian ditahan setelah sejam kemudian, kerana masih nekad mempertahankan kemahuannya. Setelah ditahan di balai polis, dia kembali ditahan berselang lima jam kemudian. Namun keesokkannya, Joyce kembali dijemput polis untuk ketiga kali kerana kembali memainkan lagu dengan kuat, termasuk lagu dari Guns N' Roses.


Polis kembali menangkapnya untuk keempat kali setelah anak saudaranya melaporkan ketika hendak mengeluarkan barang-barang dari kediaman Joyce, namun makciknya itu justru melemparkan kuali dan mengenai kepalanya. Menurut petugas, pelaku disyaki mabuk akibat dalam pengaruh alkohol. Dia kemudian dipenjarakan dan hakim menyarankan dia harus memakai headphone kepala.






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!