Tidak lama lagi kita dapat menikmati teknologi baru, iaitu tin minuman yang boleh berubah jadi sesejuk minuman ais hanya dalam 2 minit! Apa yang perlu dilakukan hanya menekan tombol di dasar tin, dan automatik kapsul dalam tin melepaskan karbon dioksida yang mendinginkan tin sehingga -15 darjah Celcius. Penemunya adalah Profesor Clift, yang sekarang bekerja untuk Pusat Strategi Persekitaran di Universiti Surrey. Profesor ini menemukan cara yang mesra persekitaran membuat tin menjadi sejuk- disebut: ChillCan - tanpa perlu lagi menggunakan peti sejuk.
Penyelesaiannya adalah menggunakan karbon dari tempurung kelapa yang terkandung dalam kapsul aluminium di dalam tin. Karbon tersebut akan aktif - mengirim semburan karbon dioksida bertekanan - ketika kita menekan tombolnya. "Teknologi baru ini akan lebih baik untuk persekitaran daripada penggunaan dispenser," terang Profesor Clift.
.
1 Penyokong CHELSEA:
waa.kat mn tu? kalau kat malaysia best tu.bg yg minat minum minuman sejuk.x yah risau lg
Post a Comment