Muzium Louvre di sini pada Khamis memperkenalkan bangunan baru dan galeri bernilai hampir AS$130 juta yang bakal menempatkan bahan kesenian Islam. Bangunan yang ditempatkan di tepi (sayap baru) Muzium Louvre mengetengahkan ciri-ciri binaan serangga pepatung menggunakan jubin sama yang digunakan pada masjid Damsyik, Syria. Ia turut menampilkan reka cipta bangunan sedia ada dari dunia Islam sumbangan pemerintah Maghribi, Raja Mohammed Keenam serta yayasan Putera Waleed Bin Talal dari Arab Saudi.
Jabatan Kesenian Islam Louvre akan menempatkan lebih daripada 18,000 penemuan Louvre, bertujuan meningkatkan kefahaman budaya di samping merapatkan jurang antara dunia Islam dan Barat. Pengarah Louvre, Henri Loyrette berkata, galeri itu akan mempamerkan “wajah-wajah tamadun”. Louvre antara ikon Paris yang terkenal berikutan inovasi pembinaan bangunan muzium berbentuk piramid sejak 20 tahun lalu yang berasaskan kaca.
.
2 Penyokong CHELSEA:
cantik ~
cantik giler mizium tu
Post a Comment