Saturday, September 22, 2012

Kerana lapar, mereka makan rakan sendiri


Peristiwa aneh terjadi di taman safari yang terletak di Rongcheng, Provnsi Shandong, China. Seekor harimau Siberia memakan harimau Benggala putih yang tergolong sebagai haiwan yang hampir pupus. Para pengunjung taman itu pun sangat terkejut. "Pertama, saya sangka mereka sedang bermain, namun ketika mereka menjatuhkan harimau putih itu, dua harimau Siberia lainnya ikut menarik kaki harimau, dan beberapa harimau lain menggigit lehernya," ujar salah seorang pengunjung. "Kami tidak menyaksikan ada daging di kawasan itu dan harimau-harimau Siberia itu kelihatan lapar. Peristiwa ini sangat mengejutkan," tambahnya. Para petugas  nampaknya tenang dengan kejadian itu. Mereka hanya mengatakan, harimau Siberia itu menguji kemampuan berburunya.

Peristiwa itu cukup mengejutkan kerana kedua haiwan adalah haiwan yang hampir pupus. Harimau Siberia adalah harimau terbesar di dunia yang tidak pernah akrab dengan spesies harimau lainnya di alam bebas. Bila mereka melihat adanya spesies lain atau musuh yang menyerang wilayahnya, harimau besar itu tidak teragak-agak untuk menerkamnya. Harimau Siberia jantan juga terkenal sering menerkam harimau kecil lainnya, namun kelakuan itu dinilai akan membuat harimau betina semakin berang







.

2 Penyokong CHELSEA:

Encik Hairan on September 22, 2012 at 10:54 AM said...

ini kes lapar sgt nih..

Anonymous said...

Jadi, selain dari pepatah haruan makan anak, boleh juga pakai pepatah harimau siberia makan harimau putih. Eh?

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!