Friday, September 21, 2012

Pesalah minta hukuman mati ditunda kerana dia terlalu gemuk


Seorang pesalah hukuman mati di Ohio yang memiliki berat badan 218 kilogram meminta hukumannya ditunda dengan alasan berat badannya akan menyebabkan dia lebih terseksa ketika dijatuhkan hukuman. Ronald Post yang menembak mati seorang penjaga hotel di Ohio kurang lebih 30 tahun lalu, mengatakan berat badannya, dan masalah kesihatan lainnya akan menyebabkan proses menjatuhkan hukuman tergendala. Dia juga menyebut dirinya terlalu besar bagi meja hukuman. "Dengan keadaan fizik dan kesihatan yang dialaminya maka akan ada risiko bahawa hukuman itu akan menyebabkan kematian yang penuh seksaan baginya," tulis Post dalam permohonannya kepada mahkamah. Post, 53, dijadualkan dihukum mati pada 16 Januari 2013 atas kes pembunuhan terhadap Helen Vantz pada 1983.





.

1 Penyokong CHELSEA:

Unknown on January 27, 2013 at 12:37 AM said...

mcm2x hiihi

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!