Monday, September 3, 2012

Kurang makan coklat adalah risiko sakit jantung


Anda mungkin lebih cenderung untuk makan coklat selepas penyelidikan mendakwa ia boleh mengurangkan risiko angin ahmar. Lelaki yang makan coklat dalam kadar sederhana setiap minggu didapati semakin kurang kena angin ahmar dalam tempoh 10 tahun dibandingkan mereka yang tidak makan langsung. Responden yang mengambil bahagian dalam kajian perkara itu makan banyak coklat, sama dengan satu pertiga cawan cip coklat mengurangkan risiko sakit jantung sehingga 17 peratus. Seramai 37,103 lelaki Sweden berusia 49 hingga 75 tahun mengambil bahagian dalam kajian itu, lapor akhbar Daily Mail. Cara pemakanan mereka dinilai menerusi soalan mengenai makanan terutama sekerap mana mereka makan coklat.


Kemajuan dari segi kesihatan lelaki terbabit direkod selama 10 tahun. Daripada bilangan keseluruhan responden, penyelidik mencatat 1,995 orang yang kena sakit jantung sebanyak sekali. Kajian sebelum ini menunjukkan coklat mungkin membantu mencegah diabetes, menghalang tekanan darah dan melindungi daripada sakit jantung. - Agensi






.

3 Penyokong CHELSEA:

skuterlady.blogspot.my on September 3, 2012 at 12:24 PM said...

cehdapnyer ceklat!

Unknown on September 3, 2012 at 12:35 PM said...

saya memang penggemar coklat =)

Unknown on September 3, 2012 at 2:08 PM said...

Jum semua makan coklat :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!