Saturday, September 22, 2012

Lelaki ini menelan berlian palsu


Pihak polis mengatakan seorang lelaki China yang dituduh menelan sebuah berlian ternyata merupakan berlian palsu. Namun lelaki itu disyaki sengaja menelan berlian palsu sebagai taktik agar pencuri yang sebenarnya boleh melarikan diri dan kini polis sedang mencari berlian asli yang nilainya dianggarkan mencapai US$13.000. Polis menangkap Chou Wan yang berusia 23 tahun setelah seorang pemilik kedai berlian melaporkan ada lelaki yang menelan berlian 1.5 karat di sebuah pameran batu permata dipanggil Facet Sri Lanka di Colombo minggu lalu. Pemeriksaan sinar X memperlihatkan adanya berlian di dalam tubuh Chou dan dia diberi ubat pencuci perut agar berlian ke luar dari dalam tubuhnya.

Jurucakap polis Sri Lanka, Ajith Rohana mengatakan kepada bilik berita AP bahawa ada seorang lelaki lain yang dilihat bersama Chou mungkin menelan berlian yang asli. Pemilik kedai batu permata, Suresh Wijekoon mengatakan dua lelaki China bertindak mencurigakan di dekat kedainya ketika pameran dan mensyaki mereka sedang cuba mengganti berlian asli dengan yang palsu. Dia mengatakan salah seorang menelan berlian dan dia segera melaporkan kepada polis sementara lelaki lainnya melarikan diri.






.

1 Penyokong CHELSEA:

boni kacak on September 22, 2012 at 6:33 PM said...

ada je tektik dorang ni kan... hehee

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!