Saturday, September 22, 2012

Putus Cinta, doktor balas dendam dengan mencabut semua gigi bekas kekasih


Bukan bermaksud berprasangka buruk dan menyalahkan doktor gigi. Tapi, jika akan periksa gigi, lebih baik selidik dulu dan pertimbangkan masak-masak bila dia adalah bekas kekasih anda. Kalau tidak, anda mungkin bernasib sama seperti seorang lelaki dari Poland ini.. Seorang perempuan doktor gigi Poland menghadapi tuntutan hukuman tiga tahun setelah dia mencabut semua gigi bekas kekasihnya beberapa hari setelah mereka berpisah. Bekas kekasihnya itu datang sebagai pesakitnya.“Saya cuba berlaku profesional,” kata Anna Mackowiak, 34 tahun, “Tapi, ketika saya lihat dia terbaring di sana, saya cuma berfikir, ‘Ternyata itu dia.’ Dan saya memutuskan mencabut seluruh giginya.” Pesakit itu, Marek Olzewski, 45 tahun, datang kerana sakit gigi beberapa hari setelah dia memutuskan jalinan cinta mereka.

Doktor itu lalu memberinya ubat bius dengan dos yang tinggi sehingga Olszewski tertidur, mengunci pintu, dan mencabut semua gigi sekaligus. “Rasanya ada yang salah waktu bangun saya tak merasa apa pun di gigi dan rahangku kebas,” tutur Olszewski. "Menurutnya, gumpalan kapas didalam mulut adalah kerana melindungi gigi saya yang baru dicabut, lalu saya ke doktor pakar yang lain." Olzewski tak sangka bekas kekasihnya nekad. Dia kini rompong..







.

1 Penyokong CHELSEA:

boni kacak on September 22, 2012 at 11:22 PM said...

adeh..ciannya. tak pasal2 cacat..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!