Wednesday, September 19, 2012

Pelajar di China terpaksa bawa meja sendiri ke sekolah


Sepertinya sudah menjadi hukum alam jika ada kemakmuran maka di situ juga terdapat kemiskinan. Terlepas dari masih tingginya tingkat kemiskinan di dalam negera, pengalaman yang lebih sedih ternyata dialami oleh sebahagian penduduk di negara China. Dibalik kemajuan negara Tirai Bambu ini menyaingi hegemoni negara barat dalam bidang ekonomi dan perdagangan, namun kemiskinan masih sangat kental dilihat. Minimanya kesejahteraan penduduk di beberapa wilayah sejalan dengan buruknya pendidikan yang ada. Potret itu boleh dilihat dari Wang Ziqi, kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di Shunhe, Provinsi Hubei. Di saat memasuki tahun baru di sekolah, Wang tidak hanya dituntut untuk menyiapkan berbagai keperluan sekolah berupa pensil atau buku. Lebih dari itu, Wang juga terpaksa membawa meja dan kerusi sendiri ke sekolah.

Pemandangan menyedihkan ini terjadi setiap tahun baru. Untuk membawa meja dan kerusi, Wang biasanya dibantu oleh kakak dan neneknya. Walaupun demikian, Wang bukanlah satu-satunya pelajar yang terpaksa membawa meja dan kerusi dari rumah. Setidaknya ada lebih dari 3 ribu pelajar lainnya di sekolah rendah dan sekolah menengah di Shunhe yang dipaksa membawa mejanya sendiri. Keadaan itu terjadi kerana terhadnya kemudahan yang diberikan kerajaan. Mereka hanya menyediakan sekitar 2 ribu pasang kerusi dan meja. Sedangkan ada lebih dari 2 ribu pelajar yang bersekolah.


Di kota miskin tersebut, orang tua pelajar terpaksa menggunakan apa saja yang mereka boleh gunakan, termasuk membawa meja kopi ke sekolah agar anak-anak mereka dapat belajar.
 Ketika ditanya komen mereka, ramai orang tua yang mengeluh. Mereka menyalahkan sistem kerajaan yang dianggap sangat rasuah."Kerajaan pusat memberikan dana untuk kemudahan sekolah," kata seorang wakil pelajar kepada stesen berita NBC. "Tapi ketika sampai ke tempat kami, wang itu menghilang.”





.

1 Penyokong CHELSEA:

boni kacak on September 19, 2012 at 10:11 PM said...

kesiannya.. kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!