Friday, September 21, 2012

Penerbangan ditangguhkan 4 jam kerana pramugari bergaduh


Sebuah pesawat milik American Airlines, menangguhkan penerbangan selama empat jam. Pesawat yang pada mulanya bakal berangkat menempuh perjalanan menuju Washington dari New York, Amerika Syarikat (AS). Penerbangan ditangguh kerana dua pramugari bergaduh. Pesawat dengan nombor penerbangan 3823, dijadualkan berangkat dari Lapangan terbang JFK New York pada Rabu (19/9/2012) pukul 15.10. Namun, pesawat kembali ke perhentian, setelah dua pramugarinya perang mulut, sesaat sebelum pesawat berlepas dari landasan.

 "Kami diberitahu bahawa kami akan kembali ke ruang menunggu, kerana dua orang pramugari terlibat dalam pergaduhan," ujar Dan Alexander, penumpang, seperti diberitakan oleh Upi.com. American Airlines menangguhkan penerbangan selama empat jam, yang digunakan untuk mencari kru pengganti. "Benar-benar luar biasa, wanita-wanita itu bersikap tidak profesional," kata Marge Lopez, penumpang lainnya.






.

1 Penyokong CHELSEA:

boni kacak on September 21, 2012 at 5:20 PM said...

boleh pulak mcam tu?hehehe

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!