Thursday, September 6, 2012

Pokok ini boleh berpindah tempat sendiri


Di hutan hujan tropika Amerika Selatan ada sejenis pokok palem yang boleh bergeser dari tempatnya semula. Socratea exorrhiza, atau sering disebut Walking Palm. Dinamakan Walking Palm kerana boleh "berjalan", tentunya bukan seperti pokok raksasa Ent dalam filem Lord of The Rings. Namun, memang benar-benar boleh berpindah tempat sendiri. Bagaimana hal ini boleh terjadi? Rupanya kerana pergerakan akar yang mengikuti arah cahaya matahari. Akar yang tidak mendapatkan sinar akan mati dan kemudian digantikan oleh pertumbuhan akar yang baru. Bentuk akarnya muncul dari bahagian batang seolah tentakel sotong gurita.

Pada tahun 1961 sebuah fakta baru mengenai tanaman ini ditemukan oleh para ahli. Sebuah pokok jenis ini tumbang kerana ditimpa oleh pokok lainnya, namun beberapa hari kemudian, tumbuh akar baru di sekitar akar yang lama.Menurut penelitian, dalam tempoh 1 tahun, pokok yang mampu tumbuh hingga 25 meter dan berdiameter sekitar 16 cm ini dapat bergeser dari tempatnya semula sejauh 1 meter.







.

1 Penyokong CHELSEA:

Solehah Shamsuddin on September 6, 2012 at 7:01 PM said...

wah hebatnya...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!