Friday, September 7, 2012

Pulau untuk dijual...


Kerajaan Jepun bersetuju membeli satu gugusan kepulauan di Laut China Selatan yang dituntut oleh Tokyo dan Beijing pada harga AS$26.15 juta (RM81.1 juta). Akhbar Asahi Shimbun dan Yomiuri melaporkan Jepun bersetuju membeli kepulauan yang dikenali sebagai Diaoyu oleh China dan Senkaku di Jepun itu daripada beberapa pemilik individu warga China dan bakal menandatangani kontrak pembelian dalam tempoh terdekat. Rancangan untuk membeli kepulauan tersebut akan diluluskan pada mesyuarat Kabinet yang dijangka diadakan seawal-awal tengah bulan ini.

Semalam, China memberi amaran kepada AS untuk tidak campur tangan dalam pertikaian yang berlaku di wilayah maritim di rantau ini ketika Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton tiba di Beijing bagi meredakan ketegangan yang tercetus. Rancangan pembelian kepulauan tidak berpenghuni itu dikemukakan selepas Gabenor Tokyo, Shintaro Ishihara (gambar) yang terkenal dengan sikap lantangnya, menghantar pasukan peninjau ke kepulauan tersebut pada Ahad lalu. Hubungan Jepun-China tegang pada bulan lalu selepas aktivis pro-Beijing cuba mendarat di satu daripada pulau di kepulauan tersebut yang dikawal oleh Jepun.

Sebagai reaksi terhadap rancangan itu, China hari ini menyatakan ketegasannya untuk mempertahankan kepulauan tersebut daripada menjadi milik Jepun. Menurut satu laporan, China sedang memantau segala perkembangan berhubung kepulauan itu secara terperinci dan akan mengambil langkah sewajarnya bagi mempertahankan wilayahnya. - REUTERS/AFP






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!