Friday, September 7, 2012

Struktur bangunan dikritik sebab dianggap tak kreatif


Dua bangunan pencakar langit baru di China yang sedang dalam pembinaan, dikritik kerana strukturnya yang menyerupai bentuk seluar panjang dan puding. Satu daripada bangunan itu yang direka syarikat arkitek Britain, Robert Matthew Johnson Marshall (RMJM), sedang dibina di bandar Suzhou dengan ketinggian 74 tingkat dan bernilai 445 juta pound (RM2.197 bilion). Pada mulanya, projek setinggi 250 meter yang akan disiapkan akhir tahun ini menerima pujian dan digelar sebagai Pintu Masuk ke Timur tetapi kemudian dikritik kerana kelihatan seperti seluar panjang. Malah, agensi berita Xinhua turut menggunakan tajuk berita 'Bangunan gergasi baru digelar seluar'. Sebuah lagi bangunan bernama Pusat Media Antarabangsa Phoenix di Beijing yang setinggi 55 meter, turut dikritik kerana menyerupai bentuk puding.

Bangunan dengan struktur luaran kaca dan melengkung itu dijangka beroperasi tahun ini serta menempatkan ibu pejabat stesen televisyen China, Phoenix TV, restoran dan pejabat-pejabat lain. Laporan di laman web China Radio International menyatakan, bangunan itu direka sedemikian untuk keluar daripada reka bentuk tradisional dan menunjukkan sikap terbuka masa depan. Walaupun dikritik kelihatan seperti puding, beg kacang gergasi atau donut, kritikan yang diterimanya tidaklah seteruk bangunan di Suzhou. - AGENSI






.

3 Penyokong CHELSEA:

boni kacak on September 7, 2012 at 4:24 PM said...

hahahaha.. memang nampak buruk struktur bangunan ni,ahahaha

Anonymous said...

@boni kacak

bukn ke kt malaysia ade bngunan lebi kurg mcm ni jgk? menara martrade & sbhgn dr bngunan prbadanan putrajaya.... hoho ni nmpk seluar sb xde ngunan lain d sekeliling bngunan ni ..hohoo

Sanji Ngatmi on September 8, 2012 at 11:52 PM said...

art

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!