Friday, September 28, 2012

Tahniah, pelakon popular ini gembira menyambut kelahiran anak lelakinya


Pelakon Rusdi Ramli menyambut kelahiran cahaya mata lelaki kedua hasil perkahwinan dengan komposer Sharon Anne Paul Abdullah pada pagi Selasa lalu dengan hati gembira. Rusdi, 42, berkata, walaupun dia pernah berharap dikurniakan anak perempuan sebelum ini kerana sudah mempunyai dua anak lelaki iaitu Efiezal Ridza, 22, (hasil perkahwinan pertama) dan Reo Ridza, 3, kelahiran anak lelaki ketiga itu tetap membawakan kegembiraan buatnya. “Pada awalnya memang saya berharap dikurniakan anak perempuan kerana saya sudah ada dua anak lelaki. Namun, selepas melihat keputusan proses imbasan, saya dan Sharon mengetahui bahawa kami akan dapat anak lelaki lagi “Saya gembira dan bersyukur dengan kelahiran ini walaupun belum ada rezeki untuk kami menimang anak perempuan,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, petang Jumaat.

Rusdi dan Sharon, 36, bernikah pada 16 November 2008 selepas aktor itu menduda selama 15 tahun. Anak kedua pasangan itu dilahirkan pada pagi Selasa lalu secara normal di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar dekat sini. Aktor filem Tanda Putera itu berkata, pengalaman menguruskan kelahiran anak pertama sebelum ini menjadikan mereka lebih tenang menyambut kelahiran kedua tersebut.“Pengalaman menguruskan kelahiran Reo, kira-kira tiga tahun lalu, menjadikan proses kelahiran anak kedua pada kali ini berjalan dengan lancar dan tenang. “Semuanya berada dalam keadaan baik dan teratur. Malah bayi juga sihat dan sudah pulang ke rumah. “Alhamdulillah semuanya lancar sebab Sharon juga sudah berpengalaman berbanding sebelum ini,” katanya. Bercerita mengenai kelahiran itu, Rusdi berkata, dia bercadang untuk mengekalkan huruf R pada pangkal nama bayi itu seperti dua anaknya yang lain.

“Saya bercadang untuk berikan namanya Ryan Redza. Daripada awal lagi saya sudah rancang untuk kekalkan huruf R pada pangkal nama anak-anak seperti dua abangnya. “Nama itu belum didaftarkan lagi kerana masih banyak perkara yang perlu diuruskan. “Saya agak letih dan kurang tidur sejak anak dilahirkan, maklumlah sudah tiga tahun saya tidak ada anak kecil,” katanya. Terbaru, Rusdi baru sahaja terlibat dalam penggambaran telefilem berjudul Aku Bukan Mashitah di samping Aida Aris dan Erin Malek untuk tayangan RTM. -Mstar





P/S - Ini gambar lama..





.

2 Penyokong CHELSEA:

hazirah kasimon on September 28, 2012 at 7:48 PM said...

waa..bini die muke serupe la.. moge brkekalan

boni kacak on September 29, 2012 at 12:20 AM said...

lama tak dengar berita ttg rusdi ramli ni..tahniah kpd beliau sebab selamat menjadi seorang bapa..hehehe

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!