Sebuah patung yang menggambarkan insiden tandukan Zinedine Zidane kepada pemain Itali Marco Materazzi dibuat di Paris. Patung yang dibuat oleh seniman Aljazair, Adel Madessemed, boleh disaksikan pengunjung di muzium seni modern Centre Pompidou di ibu kota Perancis. Insiden yang melibatkan Zidane dan Materazzi ini terjadi di final Piala Dunia 2006 di Jerman. Kerana menanduk dada Materazzi, bekas pemain Juventus dan Real Madrid itu dihadiahkan kad merah. Itali akhirnya berjaya sebagai pemenang dalam perlawanan ini menerusi penalti. Hingga saat ini Zidane masih menolak menjelaskan apa alasannya melakukan perbuatan itu. Namun pada waktu itu, nampaknya kemarahan Zidane dipicu ejekan Materazzi yang menghina ibu dan adik perempuannya.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment