Tarian Gangnam Style memang benar-benar fenomena dan menjadi trend zaman ini. Dari tua muda dan anak-anak dan berbagai golongan menggilai tarian berkuda ala Korea ini. Lihat saja bagaimana Gangnam Style ini digilai seorang bayi berusia 10 bulan. Benjamin, nama bayi itu tak mau makan apabila belum mendengar muziknya PSY itu. Dengan kata lain, Benjamin hanya mau makan bila diputarkan muzik Gangnam Style. Seperti dipetik dari sebuah laman akhbar, akhir minggu lalu, momen tersebut dapat disaksikan melalui laman Youtube dengan judul video Baby Gangnam Style lunch.
Dalam video rakaman singkat, bayi bernama Benjamin itu dilihat menangis ketika ayahnya cuba menyuapnya makan. Tapi apabila si ayah memutarkan video Gangnam Style, perangai Benjamin seketika itu menjadi tenang dan mau membuka mulut untuk menerima makanan. Si ayah yang bingung terhadap tingkah laku anaknya, apakah kerana kebetulan (entahlah) kemudian cuba menghentikan muzik dan kembali menyuap. Namun ternyata tak berhasil, Benjamin kembali menangis.
Video unik itu menuai komen dari beberapa penggemar, yang di antaranya menyatakan bahawa "Dia sangat lucu", dan "Saya harus cuba menyusui bayi saya seperti itu", serta komen lain "Itu sangat aneh." Video yang dimuat turun oleh Andrew Tsai pada 29 September yang lalu, kini telah disaksikan tak kurang dari 1.2 juta kali.
.
2 Penyokong CHELSEA:
kesian baby ni..kecik2 dah disuapkan dengan hiburan2 macam ni..hahaha
holoh2...takmo makan kalau tak dengar lagu tu. sian plak kat dia eh~
Post a Comment