Seorang tukang kebun berasal dari England berhasil menanam bunga matahari hingga setinggi 26 kaki atau 7.9 meter. Richard Hope telah memecahkan rekod bunga matahari tertinggi di England. Hanya tinggal sedikit lagi, bunga mataharinya dapat mengalahkan rekod dunia, yang mencapai ketinggian 26 kaki 4 inchi atau hampir 8 meter. Apakah rahsianya? Lelaki berusia 67 tahun ini mendedahkan bahawa senjata rahsianya adalah baja penumbuh organik. Namun, ini bukan pertama kalinya Richard sukses memecahkan rekod. Dulu, dia juga pernah memegang rekod dunia untuk daun bawang terberat dan ubi terpanjang.
Wow..Menakjubkan! Menumbuhkan sebuah bunga matahari raksasa memang bukan pekerjaan mudah. Richard harus berjuang melawan hujan deras, langit mendung, dan bahkan awal musim salji. "Saya tidak pernah putus asa untuk memecahkan rekod dunia. Namun, perubahan cuaca akan memaksanya (bunga matahari) segera gugur," kata Richard, sebagaimana dipetik dari Daily Mail. Richard hanya memerlukan 5 inchi (12.7 cm) saja untuk menetapkan rekod baru.
.
2 Penyokong CHELSEA:
wow,panjangnyer..benih apa dia pkai?
cheery pun penah tanam pkai baja organik tp xde tinggi pun.
makan kalsium banyak tu....hehehe...
penah tanam bunga matahari dari biji benih tapi gagal. lepas ni nak berusaha lagi.biar tinggi macam ni gak.
http://whatever-ville.blogspot.com/2012/10/vitamin-hot-selling-kembali-lagi.html
Post a Comment