Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon memuji ‘Gangnam Style’ yang dipersembahkan penyanyi rap Korea Selatan, Psy. Ban menyifatkan lagu itu sebagai satu kuasa keamanan dunia selepas ia mendapat sambutan ramai di seluruh dunia. Ban mendapati, Korea Selatan kini menjadi paling terkenal di planet ini berikutan kejayaan menakjubkan penyanyi rap montel terbabit melalui persembahan video klipnya yang mendapat sambutan ramai dan tidak ada apa yang lebih menggembirakan diplomat veteran terbabit.
“Saya menontonnya beberapa kali,” kata pemimpin berusia 68 tahun itu dalam satu temubual dengan agensi berita. Ban menyuarakan rasa bangga terhadap cara Psy membawa budaya pop Korea dan jenaka pelik negara itu kepada penonton global melalui internet di mana video itu ditonton lebih 400 juta kali. “Saya berbangga dengan persembahan beliau yang disukai dan digemari lebih 400 juta orang. Pemimpin PBB itu berkata: “Bahasa tidak diperlukan dalam dunia muzik. Itu adalah kuasa muzik, yang menguasai hati”. - Agensi
.
1 Penyokong CHELSEA:
betul jugak tu...hehehe
Post a Comment