Tuesday, October 9, 2012

Perempuan ini berkahwin dengan lelaki yang sudah mati


Seorang perempuan India terpaksa mengahwini lelaki yang hidup bersamanya 10 tahun dan memberinya keturunan. Namun perkahwinan itu dilakukan ketika lelaki itu sudah meninggal dunia. Chudki Hembram dan Mahalal Marandi hidup bersama selama 10 tahun tanpa adanya ikatan perkahwinan, kerana mereka tidak mampu untuk mengadakan pesta. Mereka sudah dikurniakan empat orang anak. Mahalal meninggal dunia pada minggu lalu dan hal itu membuat Chudki merasa tertekan. Chudki risau, nasib anak-anaknya akan bertambah sengsara kerana ibu bapa mereka tidak memiliki status perkahwinan yang sah. Seluruh warga desa di tempat tinggal Chudki akhirnya sepakat untuk membantu Chudki mengakhiri penderitaan itu.

Meskipun saat itu, keluarga mempelai lelaki sibuk mengurus pemakaman Mahalal, warga desa menceritakan penderitaan Chudki yang sudah lama hidup dengan Mahalal. Keluarga Mahalal sepakat untuk membantu Chudki mengadakan upacara perkahwinan. Warga desa akhirnya berkumpul dan mempersiapkan upacara perkahwinan itu berdasarkan adat tempatan. Seseorang ditugaskan untuk memegang tangan Mahalal Marandi yang sudah tidak bernyawa dan menempelkan telapak tangan itu ke dahi Chudki.

Usai pernikahan itu diadakan, Chudki rasmi menjadi janda Mahalal Marandi. "Saya menerima perkahwinan yang kami lakukan usai kematian suami saya. Jadi, tidak akan ada yang menyebut anak-anak saya sebagai anak haram," ujar Chudki, seperti dipetik Gulf News. Seluruh warga di desa tersebut menganggap peristiwa itu sebagai peristiwa teraneh yang pernah terjadi. Namun mereka ikut gembira menyaksikan perkahwinan itu.






.

4 Penyokong CHELSEA:

Zie Madini on October 9, 2012 at 10:20 AM said...

uiii..boleh plak cam gitu ek. time still hdup tak plak nk gtaw ttg hal ini dgn family....huhu

dEdEQ dE wIshEs on October 9, 2012 at 12:16 PM said...

ERK .. LEH PLAK GITU ..

boni kacak on October 9, 2012 at 12:23 PM said...

uish..gila betul...

ct cheery on October 15, 2012 at 4:42 PM said...

pemikiran diowang yg aneh..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!