Anak perempuan kepada mendiang model majalah Playboy Anna Nicole Smith mengikut jejak langkah ibunya menjadi model bagi pakaian jenama Guess. Gambar-gambar Dannielynn Birkhead yang kini baru berusia 6 tahun melangkah di hadapan kamera seperti ibunya bagi kempen pakaian anak-anak Guess. Smith yang berkahwin dengan jutawan JHoward Marshall ketika lelaki itu berusia 89 tahun dan dia berusia 26 tahun juga pernah menjadi model jenama Guess pada 1992-93 tidak lama selepas dia tampil sebagai muka depan majalah Playboy.
Ayah Dannielynn, Larry Birkhead dalam satu temu bual dengan Entertaiment Tonight mengaku anak perempuannya itu sangat suka bergambar. "Hal pertama yang sering ditanyanya adalah, 'Bila saya akan muncul di majalah seperti mami?' Saya pasti Anna juga suka tentang perkara ini," ujar Birkhead. Anna Nicole Smith meninggal dunia di Florida di usia 39 tahun akibat berlebihan dadah.
.
4 Penyokong CHELSEA:
ikut jejak mak dia...lgpun ada gaya model dah tu...
cantik!
pergh!!! dasyat tol..kecik2 da pndai brphotoshot~
chumelllll
Post a Comment