Bintang realiti televisyen, Kim Kardashian dilaporkan menerima ugutan bunuh ekoran menyiarkan kenyataan menyokong Israel di laman sosial Twitter miliknya. Dalam laman sosial itu, Kardashian menyuarakan kebimbangan terhadap apa yang berlaku di negara Asia Barat itu dengan menulis 'Berdoa untuk semua di Israel'. Kenyataan tersebut menimbulkan kemarahan peminatnya dan mengugut untuk membunuhnya. Kardashian bagaimanapun, memadam kenyataan tersebut dan menjelaskan perkara sebenar.
"Saya mengaku menghantar dua tweet yang berkaitan dengan doa untuk penduduk di Palestin dan Israel tetapi selepas mendapat reaksi daripada pengikut, saya membuat keputusan untuk memadamkan tweet tersebut kerana sedar ramai yang tersinggung. "Saya sepatutnya menerangkan niat sebenar sebelum menyiarkan tweet tersebut. Saya berdoa supaya mereka selamat,'' kata Kardashian dalam blog miliknya. Katanya, dia akan lebih berhati-hati dengan apa yang akan ditulis dalam twitternya selepas ini bagi mengelak sebarang kekeliruan. - AGENSI
.
2 Penyokong CHELSEA:
ayat dia tu rasanya lebih kepada berdoa untuk kebaikan semua,, tak tau la betul ke tak,, hehe
hmm.. tak tau nak cakap apa... yang penting, kita sama2 berdoa utk kesejahteraan saudara2 kita di palestin..
Post a Comment