Seorang nenek yang pernah tersenarai sebagai individu tertua di dunia, meninggal dunia pada usia 116 tahun, di sini semalam. Besse Cooper meninggal dunia petang semalam di sebuah pusat jagaan di Monroe, kira-kira 72 kilometer di timur Atlanta. Menurut anak lelaki warga emas itu, Sidney Cooper, ibunya mengalami jangkitan virus di perut, baru-baru ini, namun keadaannya bertambah baik kelmarin. Namun, Besse mengalami masalah pernafasan semalam sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan, katanya. "Ibu saya meninggal dunia pada kira-kira pukul 2 petang. Keadaan rambutnya yang tersisir rapi seolah-olah menunjukkan dia sudah bersedia untuk meninggalkan dunia ini," katanya.
Besse, diiktiraf Guinness World Records sebagai individu tertua dunia pada Januari tahun lalu, sebelum wanita Brazil, Maria Gomes Valentin, yang lebih tua 48 hari daripadanya mengambil alih gelaran berkenaan pada Mei tahun yang sama. Gelaran individu tertua di dunia kini dipegang oleh Dina Manfredini dari Iowa, Amerika Syarikat berusia 115 tahun. Pegawai kanan Guinness, Robert Young berkata, kematian Besse merupakan kehilangan yang besar buatnya. "Ketika saya bertemu dengan Besse pada usia 111 tahun, mendiang berada dalam keadaan sihat dan mampu membaca buku," katanya. - AGENSI
.
4 Penyokong CHELSEA:
panjang umur dia
ada tgk berita semalam pasal nenek ni (: sngt tua dh..
wah..panjangnya umur dia...
Pnjang umur.tapi syg meninggal tanpa memeluk agama Islam..
Post a Comment