Sebuah burger buatan waralaba di Bristol, England, didedahkan sebagai yang terpedas di dunia. Burger itu dibuat menggunakan sos dari dua jenis lada terpedas di dunia, Naga Bhut Jolokia dan Scotch Bonnet. Burger yang dinamakan Atomic Fallout tersebut memiliki rasa pedas setara 40 kali pedas sos tabasco. Jika diukur berdasar skala kepedasannya ia mencapai satu juta skala Scoville. Kerana kepedasannya, orang yang memegang burger itu harus memakai sarung tangan pelindung. Makanan ini dibuat dengan sos khusus, sayuran dan tiga beef burger serta 18 ons keju. Ianya lengkap dengan pakej tambahan kentang goreng dan dua potong pizza goreng. Masa untuk menyiapkannya adalah 60 minit.
Rasa super pedas membuat burger ini tidak boleh dimakan sembarangan orang, termasuk yang lemah jantung. Bagi yang mahu memakannya harus menandatangani surat perjanjian dan harus berusia lebih dari 18 tahun. Setakat ini biasanya hanya 1 dari 10 orang yang boleh menghabiskan burger pedas itu. "Burger ini tak hanya dibuat dengan rasa yang sangat pedas, tapi kita membuatnya lebih besar. Beberapa orang membuat satu gigitan dan menolak untuk mengambil lagi," ujar Martin Bunce, pembuat burger itu. "Hingga kini sudah ada 500 orang yang cuba memakannya. Saya sendiri hanya mampu makan seperempat bahagian daripada burger itu."
.
6 Penyokong CHELSEA:
nak try la burger tu . haha .
xde kerja depa ni
macam-macam...
Nama pun dah gempak, "Atomic Fallout"..
Bahaya lah makan pedas sangat ni.rosak usus perut kita...
Agak2nya berapa kali ganda pedas dari cili api ekk. Setakat Tabasco tu mmg x pedas langsung.
Gamaknya, makan terus berpeluh.
Post a Comment