Penduduk di kampung Angsokah, Madura di sini gempar dengan kewujudan api yang menyala keluar dari dalam tanah di halaman sebuah sekolah rendah di kampung mereka. Menurut seorang guru di Sekolah Rendah Angsokah III, Jalalludin, semburan api itu terjadi selepas pihak sekolah melakukan penggalian perigi. Katanya, selepas proses menggali mencapai kedalaman 41 meter, lubang perigi itu mengeluarkan lumpur dan bau belerang, menyebabkan mereka menghentikan kerja-kerja penggalian. Namun pada pukul 5 pagi keesokannya, semburan lumpur berkurangan dan lubang tersebut mengeluarkan api setinggi 2.5 meter. -Beritajatim.com.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment