Friday, January 20, 2012

Rita Rudaini hadir di Mahkamah Syariah


Pelakon popular, Rita Rudaini hari ini hadir di Mahkamah Syariah di sini untuk menyempurnakan pelantikan peguam bagi menyelesaikan isu surat yang diterima daripada suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, berhubung dua anak mereka.

Rita, 36, atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar yang memakai jubah dan selendang berwarna hitam hadir di mahkamah pada jam 3.10 petang diiringi peguam syarienya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.
Rita dan Mohd Zaidi dilihat memasuki sebuah bilik untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai mahkamah dan keluar kira-kira 40 minit kemudian.
Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Mohd Zaidi berkata Rita hadir di mahkamah bagi urusan pelantikan beliau sebagai peguamnya secara rasmi.

Katanya, pelantikan beliau adalah bagi menyelesaikan isu anak-anak yang dibangkitkan oleh Aidil Zafuan, 24, dalam surat bertarikh 11 Januari lalu yang diterima Rita pagi semalam.

"Surat itu meminta diadakan perbincangan mengenai hal anak. Kita akan jawab surat ini selepas perayaan Tahun Baru Cina dan minta pihak sana fikir supaya perkara ini tidak diperbesarkan.

"Ia lebih kepada perbincangan suami dan isteri berhubung kebajikan anak-anak dan tidak timbul langsung isu perceraian," katanya yang enggan mendedahkan lebih terperinci butiran surat berkenaan.
Sementara itu, Rita berkata beliau menerima surat yang dikirimkan oleh peguam yang mewakili Aidil Zafuan daripada pengawal keselamatan di kediamannya di Damansara pada pagi semalam ketika hendak keluar rumah untuk menjalani penggambaran sebuah telefilem.

Pelakon itu berkata, beliau bagaimanapun tidak terkejut menerima surat berkenaan.

Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.

Media sebelum ini melaporkan rumahtangga pasangan suami isteri itu tegang berikutan Aidil Zafuan keluar dari rumah mereka di Damansara kira-kira dua minggu lalu.











.

Hadiah lambang kasih sayang?


Selamba jer kan letak hadiah ni masa jumpa tadi..
Lambang kasih sayang yang abadi katanya..
Hadiah ni, Sunyi-sunyi, pegang jer, boleh lah rasa dekat dihati..
Dalam hati ada taman konon..
ekeke..


Tapi memang tak berkenan dengan luarannya yang berwarna pink..
Siyes tak suka pink.. suka biru..
Tapi katanya, buka dulu, baru tau apa ada kat dalam..
Dalam otak dah mula meneka macam-macam benda..
Nak jer koyak terus bungkusan tu..
Malu lak, macam rakus lak kan..
Hilang segala sifat gadis ayu aku.. ekeke...
jeling-jeling, siyes tak sabar nak bukak..


Dia dah bagi green light..
Boleh buka katanya..
Tapi lebih baik buka kat rumah..
Alahai ada 'tapi' lak kan...
Ok lah dengan berat hati, lulu akur..
Buka dirumah pun buka dirumahlah..
janji, hadiah kasih sayanglah katakan.. hoho...


Sampai jer kat rumah terus buka..
senyum lebar sampai telinga..
(happy sangat..)


korang nak tau apa benda dalam tu??
Malu wei nak bagitau...









meh tengok..






















*




















Lawa,kan??? sayangnya, hanya angan-angan.. kan bagus kalau betul-betul dapat hadiah macam ni....
zassssssssssssss, nak android..
Tapi mana bagus eh? yang ni ke atau note???? ;)
















.

Wanita terkaya dihukum mati


Mahkamah Agung China hari ini mengekalkan hukuman mati ke atas seorang wanita yang pernah tersenarai sebagai wanita terkaya di China selepas dia didapati bersalah melakukan penipuan melibatkan AS$60 juta (RM186 juta).

Menurut akhbar Daily Shanghai, mahkamah agung wilayah timur Zhejiang semalam menolak rayuan yang dikemukakan Wu Ying, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bense Holding yang terlibat dalam mengutip dana secara haram.

"Hukuman yang dijatuhkan setimpal dengan perbuatan pesalah," kata mahkamah.

Wu disenaraikan sebagai wanita keenam terkaya di China pada 2006, menurut Laporan Hurun yang disiarkan dalam majalah-majalah ternama di China.

Agensi berita Xinhua melaporkan, syarikatnya, Bense, menjalankan pelbagai perniagaan dari perhotelan hingga bahan-bahan binaan.

Dalam kesnya, Wu mengutip dana daripada golongan pelabur dengan menjanjikan pulangan sebanyak 80 peratus, namun dia menyalahgunakan wang tersebut untuk membayar hutangnya.

Hukuman mati tersebut, bagaimanapun perlu diteliti Mahkamah Agung Rakyat.

Pihak berkuasa menahan Wu pada 2007 dan dia didapati bersalah buat kali pertama pada 2009 dan dibicarakan sejak April tahun lalu selepas mengemukakan rayuan.









.

Hubungan cinta selama 14 tahun berakhir?


Hubungan cinta yang disemai selama 14 tahun antara pelakon Johnny Depp dan aktres kelahiran Perancis, Vanessa Paradis dilaporkan berantakan.

Menurut majalah People dalam isu Love Gone Wrong keluaran minggu ini yang memetik beberapa sumber berkata, hubungan cinta Depp dan Paradis bakal berakhir.

Depp, 48, dan Paradis, 39, menjalin hubungan sejak 1998, namun tidak pernah berkahwin.

Pasangan tersebut menetap secara bergilir-gilir di Perancis dan Amerika Syarikat.

Keretakan hubungan pasangan tersebut dikesan apabila mereka tidak muncul bersama dalam acara karpet merah lebih dari setahun termasuk pada Festival Filem Cannes pada Mei tahun lalu dan Anugerah Golden Award yang berlangsung pada Ahad lepas.

"Menurut beberapa sumber...hubungan pasangan tersebut telah berakhir," kata majalah People.










.

Ibarat bersabung nyawa


Beberapa pelajar bersabung nyawa untuk pergi ke sekolah apabila mereka menggunakan sebuah jambatan yang hampir runtuh akibat banjir. Banjir akibat paras air Sungai Ciberang naik menyebabkan satu bahagian jambatan tersebut runtuh.

Menurut agensi berita Reuters, jambatan itu dibina pada 2001.

Seorang pelajar, Sofiah menyatakan dia perlu berjalan selama 30 minit jika mahu pergi ke sekolah di Kampung Sanghiang Tanjung dengan menggunakan sebuah lagi jambatan. Para pelajar itu sanggup berjalan dengan tangan mereka memegang kayu yang berlubang dalam keadaan mengiring semasa mereka menggunakan jambatan tersebut.


Kepingan kayu tempat kaki orang ramai berjalan di jambatan itu berada dalam keadaan senget dan sebahagiannya berlubang selepas ia runtuh akibat banjir.









.

Menjadi seorang bilionair dalam tempoh semalaman


Seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang mempunyai gaji bulanan sebanyak AS$700 (RM2,170) terkejut apabila dalam pemeriksaan rutin dalam online yang dibuatnya mendapati akaun banknya mempunyai baki hampir AS$10 bilion (RM31 bilion).

Guru itu, Parijat Saha (gambar), 42, dari bandar Balurghat, negeri Bengal Barat berkata, dia memeriksa akaun Bank Negara India menerusi online pada Ahad lalu untuk mengesahkan penerimaan bayaran faedah sebanyak AS$200 (RM620).

"Saya terkejut melihat jumlah yang terlalu banyak," katanya.

Akaun itu menunjukkan baki sebanyak AS$9.87 bilion (RM30.59 bilion).

Selepas pulih daripada kejutan awal kerana menjadi seorang bilionair dalam tempoh semalaman, sekurang-kurangnya di atas kertas, Saha, menyatakan dia terus menghubungi seorang rakan yang dikenalinya di bank berkenaan untuk menunjukkan ia secara jelasnya satu kesilapan perakaunan.

Bank Negara India menyatakan, ia masih tidak mengetahui dengan jelas bagaimana jumlah tersebut didaftarkan dalam akaun Saha.

"Kami cuba untuk memastikan apa yang silap," kata seorang pengurus cawangan bank itu, Subhashish Karmakar.

"Kita telah menghubungi ibu pejabat wilayah di Kolkata dan ibu pejabat kebangsaan di Mumbai," tambahnya. -AFP








.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!