Monday, January 23, 2012

Mayat Ini Bangun Ketika Sedang di Autopsi


Carlos Camejo (33), disahkan meninggal dunia setelah mengalami kemalangan di jalan raya. Dia kemudian dibawa ke kamar mayat untuk diautopsi. Tiba-tiba "mayat" yang tengah mereka autopsi itu berdarah, dan sedarlah mereka bahawa Carlos Camejo masih hidup. Para doktor dengan segera mencari jarum untuk menjahit luka di wajahnya. "Saya bangun kerana sakitnya bukan kepalang," kata Camejo, seperti dipetik akhbar tempatan, El Universal.


Isterinya yang sedang dirundung kesedihan diminta untuk datang ke kamar mayat untuk mengidentifikasi tubuh suaminya ikut terkejut kerana menemukan suaminya masih hidup dan berjalan ke koridor. Saat ini Carlos Camejo memiliki bekas luka di wajahnya dan menyimpan dokumen perintah pengautopsiannya.








.

The extreme training endured by China's first female bodyguards


With her face grimacing in unbearable discomfort, this is the moment a trainee bodyguard has a bottle smashed over her head. Amazingly, the recruit has to stand there and take it if she wants to qualify as one of China's first female bodyguards.

The training session, which took place in Beijing, involved 20 women, most of whom are university graduates.
The four-week programme is run by trainers from Tianjiao Special Guard Consultant Ltd and is the first open group training for female bodyguards in China.


Each trainee goes through ten months of instruction to develop her skills in reconnaissance, anti-terrorism training, martial arts and business etiquette. The best individual from the class is also invited to study further at the International Security Academy in Israel.
With the booming economy in China and increasing wealth sparked by high demand for Chinese goods and materials, demand for bodyguard services had risen dramatically on the Chinese mainland.


Graduates of bodyguard courses can look forward to a well-paid career if they are recruited by wealthy businessmen. That is especially the case for women, who are in high demand because they are less visible than their male counterparts and because they can assume roles such as secretary or nanny.


Female bodyguards are often paid far better than male counterparts - up to $100 a day - because they can adopt these different roles. The average annual wage in China is just $1,500. The boom in China has also seen a rise in the growth of wealthy women, who prefer female bodyguards because their presence does not raise questions of potential relationships.









.

Hati belum terbuka

Selama 17 tahun berkecimpung dalam dunia seni, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza hanya fokus kepada kerjaya sebagai seorang penyanyi.

Bukan tidak pernah didatangi tawaran lumayan yang mahukan dirinya beraksi di layar perak tetapi Siti Nurhaliza tetap dengan pendirian.

Bagi penyanyi yang mesra disapa Siti itu, dia mengakui bidang lakonan bukanlah kekuatannya. Malah, Siti cukup sedar untuk menjadi pelakon yang baik memerlukan disiplin dan komitmen yang sangat tinggi.

Justeru, apabila namanya disebut bakal membintangi sebuah filem Indonesia berjudul Kekuatan Cinta, ramai yang mahu menyambut berita itu dengan senang sekali.

Apatah lagi, ia bakal menampilkan beberapa pelakon Indonesia dan Malaysia antaranya Nicholas Saputra, Christine Hakim, Dian Sastrowardoyo, Melissa Saila, Fasha Sandha dan Raja Ema, pastinya ia bakal menjadi sebuah filem hebat.

“Jujurnya, saya hanya mengetahui perihal itu apabila membacanya menerusi talian. Jika dilihat kepada senarai pelakonnya, memang cukup menarik dan bukan calang-calang.

“Tetapi, di pihak saya, kami belum menerima sebarang tawaran apatah lagi perbincangan dengan pihak terbabit berhubung filem ini.

“Barangkali, ia hanyalah niat dan impian pengarah serta penerbit filem itu yang mahukan saya muncul dalam filem mereka,” jelas Siti penuh diplomasi ketika ditemui usai majlis sidang akhbar Konsert Sinar Maulidurrasul 1433 Hijrah Muhammad Al Ameen di Cyberjaya, Khamis lalu.

Menyambung bicara, juara Bintang HMI 1995 itu memberitahu, sebelum dia membuat keputusan untuk membintangi mana-mana filem sekali pun, perkara pokok yang harus diutamakan adalah jalan cerita dan skripnya.

Selain itu juga, kata Siti, dia juga perlu memikirkan tentang masa memandangkan jadual seninya yang sentiasa padat selain daripada komitmen terhadap keluarga.

“Kalau ditanya kepada saya, sebenar-benarnya saya memang belum bersedia dan terbuka hati untuk berlakon filem atas faktor yang telah saya sebutkan tadi.

“Bukan apa. Bimbang kalau tidak memberikan hasil yang memuaskan. Kesannya akan terpalit kepada kita juga. Malah, penerbit dan pengarah juga pasti akan terkena tempiasnya.

“Untuk itu, biarlah masa yang akan menentukan bilakah masanya untuk saya berlakon filem,” kata penyanyi berusia 33 tahun ini sambil mengukir senyuman.

Kembali sebagai Azizah?

Dalam pertemuan itu, anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang itu juga ditanya tentang kemungkinan untuknya kembali ke pentas teater memandangkan P. Ramlee the Musical bakal dipentaskan sekali lagi tahun ini.

Mungkin ada yang terlupa, Siti pernah membintangi teater muzikal mega itu pada tahun 2007 dengan membawakan watak kekasih pertama seniman agung itu bernama Azizah.

Biarpun kemunculannya hanya seketika, namun impak Siti menerusi teater itu bukan kecil-kecil anak sehingga mencatatkan rekod luar biasa apabila tiket dijual sebelum pementasan bermula.

“Saya harus akui membintangi teater muzikal itu telah memberi satu pengalaman baru. Ditambah pula dengan mendapat tunjuk ajar mereka yang berpengalaman dalam dunia teater telah memberi perspektif baru dalam kerjaya saya.

“Selama sebulan, hidup saya semuanya adalah untuk P. Ramlee the Musical. Saya juga perlu menolak banyak tawaran kerana komitmen saya dalam teater itu.

“Seandainya tawaran diberikan kepada saya sekali lagi untuk membintangi teater itu, saya harus fikir semasak-masaknya. Sepanjang tahun ini, saya memang sibuk dengan pelbagai agenda yang sudah diaturkan.

“Kalau perbincangan itu dapat membuka hati saya, siapa tahu, mungkin saya akan kembali sebagai Azizah,” ujar Siti yang baru sahaja pulang dari Maghribi dan Dubai bagi menyambut ulang tahun kelahirannya ke-33 bersama suami tercinta.

Sementara itu, Siti juga tidak menafikan bahawa dia kini dalam perancangan untuk mengadakan sebuah konsert seandainya mendapat penajaan bagi merealisasikan impian itu.

Selain itu juga, penyanyi yang cukup popular dengan lagu Seindah Biasa dan Ya Maulai ini juga melahirkan keinginannya untuk terus merakamkan lagu-lagu tradisional dan kerohanian.










.

Al-Quran bersadur emas


Naskhah al-Quran bersadur emas bernilai lebih RM170 juta yang bakal dipamerkan pada pameran Khazanah Islam dari China di Muzium Terengganu bulan depan akan dibekalkan dengan ciri keselamatan dan penjagaan tahap tertinggi.

Dipercayai berusia lebih 500 tahun dan berasal dari Dinasti Ming, China, pihak penganjur juga akan melantik firma keselamatan swasta bagi memastikan keselamatan artifak itu sepanjang enam bulan sesi pameran.

Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd. Yusof Abdullah berkata, pameran bertaraf antarabangsa itu adalah hasil kerjasama dengan penganjur acara, Topchain Capital Sdn. Bhd.










.

Hanya mimpi di siang hari

Dakwaan anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi bahawa dia bakal ditabalkan menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi disifatkan sebagai mimpi di siang hari.

Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia di Malaysia, Khairuddin Harahap berkata, jika Kamal Ashnawi hanya mendakwa sebagai kerabat diraja Indonesia, mungkin boleh dipercayai tetapi bukan sebagai maharaja.

"Tidak wujud kedudukan maharaja di Indonesia, malah golongan diraja itu tidak perlu ditabalkan sebaliknya ia terus diwarisi daripada generasi ke generasi.

"Indonesia mempunyai sejarah kesultanan sendiri seperti Kesultanan Solo dan Yogyakarta di wilayah Jawa Tengah, namun mereka hanya dihormati tetapi tidak mempunyai kuasa memerintah," katanya.

Kamal Ashnawi mendakwa dirinya mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion) walaupun tidak tersenarai sebagai orang kaya di dunia. Selain itu, Kamal Ashnawi turut mendakwa dirinya merupakan keluarga diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan bakal ditabal menjadi Maharaja Indonesia beberapa tahun lagi.

Jelas Khairuddin, sejak 1945, sistem diraja di Indonesia telah runtuh dan negara itu telah bertukar menjadi republik.

"Dakwaan Kamal Ashnawi itu sangat tidak masuk akal kerana sejak Indonesia mencapai kemerdekaan, sistem pemerintahan di negara itu bukan lagi mengikut sistem monarki (beraja) sebaliknya melalui Dewan Perwakilan Daerah dan Dewan Perwakilan Rakyat yang memilih seorang Presiden," katanya.

Katanya, kerabat diraja Indonesia yang masih ada sehingga hari ini akan mempunyai gelaran 'Raden' diawal nama mereka dan turut dikenali dengan keturunan 'berdarah biru' atau golongan bangsawan.











.

Malang ketika gembira


Kegembiraan tujuh sekeluarga dari Sungai Isap di sini untuk berkelah di Pantai Sepat di sini sempena cuti Tahun Baru Cina berakhir tragedi apabila dua daripada mereka meninggal dunia akibat lemas semalam.

Kejadian pukul 4 petang itu mengakibatkan Mohd. Zaiful Abu Talib, 13, dan Mohd. Saiful Mohd., 11, meninggal dunia.

Mengimbau semula kejadian malang tersebut, ibu mangsa, Zaleha Abd. Ghani, 42, berkata, pada mulanya, enam anaknya sedang mandi di pantai tersebut.

"Sedang asyik mandi, tiba-tiba tiga anak saya lemas. Saya cuba menyelamatkan tetapi hanya berjaya selamatkan seorang sahaja.

"Dua lagi diselamatkan oleh orang yang berada di sini bagaimanapun mereka meninggal dunia akibat sesak nafas," katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini malam tadi.











.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!