Wednesday, February 8, 2012

[Picture] The incredible tsunami of 'wave' clouds


At first glance, it may appear as though tsunami is poised to crash over the Florida coastline.
But much to the relief of Panama City residents, this breathtaking series of photographs shows a natural phenomenon far less destructive - waves of clouds.
Helicopter pilot JR Hott captured these breathtaking images, which show the low-lying haze swooping over high-rise buildings down the coast.

KATU reports Mr Hott captured the images hovering over the Gulf of Mexico after one of his pilots came in from a flight on Sunday.

Before his chopper could be engulfed by the heavy fog, Mr Hott flew up to capture the wave-like formations.
'We jumped into helicopter and took off,' he said. But he didn't have long to descend. 'Within a few minutes after we landed, it covered up the helipad,' the seasoned pilot said.

According to Dr Greg Forbes, of Weather.com, the phenomenon occurred as a result of warm, moist air forming 'just right' as it blew into the coastline, forming a low-lying fog that dissipates as the air cools with altitude.Dr Forbes explained on the website: 'You see the clouds forming off shore, as the winds from south to north push them toward and then up over the high rises as the air rises and reaches its crest.


'And then sinks back down and lowers the relative humidity and the clouds dissipate.'

'The other thing that's happening is with friction, the air slows down as it just begins to move onshore,' Dr Forbes explained.

'That gives it a little extra convergence and an upward forcing of the air to rise. But it must be that relative humidity needing to be just right that... explains why we don't see this kind of a picture every day.'

Mr Hott, posted the images on Facebook, and they've since swept the internet, receiving an overwhelming response.

'Oh my God, we've got thousands of shares and thousands of likes,' he told KATU. 'It's amazing to me how this thing has gone nuts,' he said.





Giveaway~ hadiah percutian, jom submit pic korang dan tersayang yang superb untuk menang...





.

Hafalan Shalat Delisa [2011]


Delisa, seorang gadis kecil yang ceria, tinggal di sebuah kampung kecil bernama Lhok Nga di pantai Aceh. Ayahnya bekerja di luar negara dalam sebuah kapal tangki minyak. Delisa sangat rapat dengan ibunya yang dipanggil Ummi. Delisa ditemani Ummi menjalani ujian solat tiba-tiba tsunami melanda, memusnahkan kampung kecil mereka. Delisa diselamatkan oleh seorang askar bernama Smith. Malangnya, Delisa mengalami kecederaan mengakibatkan kaki kanannya terpaksa dipotong.. Apakah yang terjadi seterusnya kepada Delisa?



Kisah yang sungguh menyayat hati.. Di olah dan dirangkumkan menjadi satu kisah pengajaran hanya berlandaskan dari tragedi tsunami yang pernah terjadi di Aceh berdasarkan sebuah novel karya Tere Liye.. Movie yang harus ditonton....















.

Bayi sebesar 7.04kg selamat dilahirkan..


Seorang ibu di tengah China selamat melahirkan bayi lelaki seberat 7.04 kilgoram sekali gus mungkin bayi paling berat direkodkan di negara itu sejak 1949.

Akhbar Tianjin Post berkata, ibu berusia 29 tahun itu melahirkan bayi lelaki berkenaan di wilayah Henan menerusi pembedahan Caesarean.
Akhbar itu melaporkan pembedahan berkenaan mengambil masa cuma 20 minit dan ibu serta bayi itu yang diberi nama Chun Chun dalam keadaan sihat.





Giveaway~ hadiah percutian, jom submit pic korang dan tersayang yang superb untuk menang...





.

WORDLESS WEDNESDAY

[Gambar] Penampilan pertama Beyonce selepas bersalin..


Ia adalah penampilan pertamanya di khalayak ramai sejak melahirkan anak.
Penyanyi itu memakai penggilap kuku kobalt pada jarinya penghormatan kepada anak perempuan yang baru dilahirkan itu, Blue, pada malam yang lewat di New York semalam.


Bintang Crazy In Love, yang melahirkan anak pertama pasangan itu tepat sebulan yang lalu pada 7 Januari, dengan bangga menunjukkan tubuhnya yang sudah mulai kembali ke asal selepas melahirkan.
Beyonce membuat penampilan pertamanya dikhalayak awam malam tadi untuk menyokong suaminya, Jay-Z membuat persembahan di Carnegie Hall untuk manfaat United Way of New York City dan The Shawn Carter Scholarship Foundation.

Dia meluruskan rambut, yang sempurna dipersiapkan dan tanpa sebarang penampilan yang luar biasa dan sepasang anting-anting emas gelung besar.


Dia berjalan dengan tenang dan yakin, membuktikan dia tidak kehilangan apa-apa kuasa gadisnya sejak menjadi seorang ibu, dan juga dengan penuh semangat.











.

Perancis sedia tanah perkuburan Islam


Perancis secara rasmi menyediakan tanah perkuburan Islam pertama di bandar ini, semalam - suatu tindakan yang dilihat oleh pemimpin Islam sebagai langkah mengiktiraf satu daripada kumpulan minoriti terbesar di negara ini.

Pegawai tempatan dan pemimpin Islam menghadiri upacara di bandar terletak di timur laut negara ini bagi melancarkan tanah perkuburan itu, yang mengandungi ruang untuk 1,000 buah kubur.

Ketua Majlis Agama Islam Perancis, Mohammed Moussaoui menyifatkan, pembukaan tanah perkuburan tersebut sebagai detik bersejarah bagi penganut Islam di Perancis dan berkata, ia menjadi 'simbol kepunyaan penting' komuniti.

"Jika komuniti beragama mahu merasa seperti berada di tempat sendiri di sesuatu bandar, ia patut dibantu melalui pembinaan rumah beribadat dan juga kawasan pengkebumian bagi penganutnya," kata Datuk Bandar Strasbourg, Roland Ries.

Undang-undang 1905 Perancis mengenai pembahagian gereja melarang bangunan tanah perkuburan perbandaran dan dihadkan kepada satu agama sahaja.











.

Dapat kembar empat selepas tiga tahun


Penantian sepasang suami isteri, Norbazilah Amin, 27, dan Mohd. Sazalee Mohd. Hilal, 35, untuk memiliki cahaya mata sejak tiga tahun lalu berbaloi apabila dikurniakan kembar empat pada 14 Oktober lalu.
Kembar empat tidak seiras itu, terdiri daripada tiga perempuan iaitu Sherlea, Seliesha, Shazrica dan seorang lelaki Shazrick dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menceritakan pengalaman mengandung dan melahirkan keempat-empat mereka, Norbazilah, yang bekerja sebagai jururawat di PPUM terpaksa mengambil cuti setahun sepanjang tempoh itu.

"Ini kerana kesihatan yang tidak menentu dan dalam tempoh itu saya sering berulang-alik ke PPUM untuk mendapat pengawasan rapi daripada doktor.

"Saya tidak boleh makan dan hanya minum untuk mengalas perut yang lapar. Akhirnya saya bersalin menerusi pembedahan pada usia kandungan mencecah tujuh bulan empat hari," katanya ketika ditemui pada majlis cukur jambul bayi kembar empat itu di rumah ibu bapanya di Taman Sri Mas, di sini semalam.

Menurutnya, kesukaran bermula pada minggu ke-10 kehamilan sehingga saat untuk bersalin dan selepas itu melalui pula pengalaman baru menguruskan semua anaknya.

"Meskipun pada mulanya agak kelam-kabut kerana anak-anak saya akan terjaga selang 10 minit setiap seorang untuk minum susu, tetapi sekarang sudah biasa ditambah pula suami banyak membantu," katanya.

Mereka memperoleh empat bayi sekali gus selepas menjalani rawatan permanian beradas (IUI) di PPUM selepas tiga tahun tidak dikurniakan cahaya mata.
Bagaimanapun, doktor memberitahu bahawa potensi untuk hamil dengan cara itu hanya 10 peratus tetapi dia amat terkejut selepas usia kandungan mencecah lapan minggu apabila dimaklumkan mengandung bayi kembar empat.

Pasangan berkenaan bersyukur dikurniakan empat cahaya mata yang mempunyai karakter berbeza dan kini menjadi penyeri rumah tangga mereka.
Norbazilah dan suami yang menetap di Pangsapuri Mentari Court, Petaling Jaya, Selangor terpaksa membawa empat bayi tersebut ke kediaman bapanya, Amin Zainal Abidin, 62, dan ibu, Rohana Sintal, 55, untuk dijaga oleh mereka.

"Saya tidak punya pembantu rumah dan terpaksa membawa semua bayi saya ke kampung supaya ibu bapa saya dapat membantu menjaganya," katanya.











.

Bukan ayah yang kejutkan


"Saya ingat ayah yang kejut saya bangun, rupa-rupanya pencuri," kata Mohd. Aminudin Abd. Rahin, 20, ketika menceritakan detik cemas berhadapan dengan sekumpulan penyamun yang memecah masuk ke dalam rumahnya di Jalan Berkat, Kampung Parit Mahang di sini awal pagi ini.

Menurut pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara Seri Gading, Johor itu, dia terpaksa akur apabila salah seorang penyamun mengikat kedua-dua belah tangannya ke belakang dan menyuruhnya menuju ke ruang makan.

Katanya, ketika empat penyamun yang bersenjatakan parang itu memecah masuk ke dalam rumahnya kira-kira pukul 3 pagi, dia sedang tidur di bahagian ruang tamu.

Tambahnya, penjenayah tersebut juga mengejutkan semua ahli keluarga termasuk kedua-dua ibu bapanya, Rahim Din, 42, dan Noratimah Jamari, 42, serta empat lagi adiknya sebelum mengumpulkan mereka di ruang makan.

"Penjenayah itu mengikat kami kecuali ibu serta adik saya yang kecil dan mengarahkan kami diam. Mereka kemudian terus menggeledah rumah dan mengambil barangan berharga antaranya komputer riba, telefon bimbit dan sejumlah wang tunai," kata Mohd. Aminudin ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Ekoran kejadian samun tersebut, polis menembak mati tiga daripada empat penjenayah bersenjatakan pistol dan parang dalam kejadian berbalas tembak di dalam ladang kelapa sawit di Jalan Parit Mahang, Ijok di sini awal pagi ini.

Seorang lagi penjenayah berjaya melarikan diri ke dalam hutan dan kini sedang diburu. Identiti kesemua suspek masih belum dikenal pasti memandangkan tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

Mohd. Aminudin memberitahu, penjenayah itu juga meminta kunci kenderaan bapanya bagi mengambil sebuah telefon bimbit di dalamnya sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta, 20 minit kemudian.

"Selepas itu tiba-tiba timbul rasa berani hingga saya nekad mengejar penjenayah itu dengan menaiki motosikal tetapi gagal menjejaki mereka.

"Dalam perjalanan, saya terserempak dengan anggota polis yang kebetulan membuat rondaan, jadi saya terus melaporkan kejadian samun yang berlaku di rumah saya," katanya.

Mohd. Aminudin yang merupakan anak sulung daripada lima adik-beradik itu berkata, bapanya juga telah menghubungi pihak polis selepas kejadian samun tersebut dan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor dekat sini.

Katanya, ini adalah kali pertama rumahnya yang separuh kayu dan batu itu dipecah masuk oleh penjenayah sejak mereka sekeluarga menetap di situ.

"Sebelum ini, kawasan di sekitar rumah saya memang banyak kejadian pecah masuk dan pukau. Kali terakhir semasa hari raya tahun lepas tetapi tiada kejadian sedemikian berlaku selepas itu.

"Tidak sangka pula kali ini rumah saya yang kena. Saya bersyukur kerana kami sekeluarga tidak diapa-apakan walaupun barangan berharga kami dilarikan oleh penjenayah itu," katanya yang sepatutnya memulakan pengajian hari ini.






.

Bapa gilis anak sendiri..

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan maut digilis kereta yang dipandu oleh bapanya sendiri dalam kejadian di rumahnya di Kampung Dusun dekat Kuala Lipis semalam.

Mangsa, Nurfazliyana Jais dilaporkan meninggal dunia di rumah keluarganya akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, kejadian berlaku pada pukul 6.05 petang apabila bapa mangsa berusia 45 tahun dikatakan sedang mengundur keretanya tanpa menyedari anak bongsu daripada empat beradik terbabit berada di belakang kenderaan tersebut.

Menurutnya, semasa kejadian, mangsa dipercayai sedang makan bubur bersama adik-beradiknya yang lain di dalam rumah manakala bapanya keluar menghidupkan enjin kereta untuk pergi ke kebun.

“Apabila kereta diundurkan, secara tiba-tiba dia meluru keluar dan pergi ke belakang kenderaan itu tanpa disedari oleh bapanya.

“Akibatnya, mangsa dipercayai dilanggar dan kepalanya dilenyek kereta itu sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan parah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Razak berkata, kejadian hanya disedari oleh ibu mangsa yang berusia 39 tahun apabila dia terdengar bunyi kuat seakan- akan benda terhantuk di luar rumah.

“Jenazahnya dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya,” katanya.





.

Kemalangan yang tak diduga..


Seorang pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kenderaan penyelenggara lebuh raya dan kemudian dilanggar sebuah pikap di Kilometer 34.5 Lebuhraya Utara Selatan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd Yusuf, berkata kemalangan itu berlaku pada jam 9.12 pagi semasa pelajar terbabit, Muhamad Izam Azhar Khairuddin, 20, yang menuju ke arah utara dipercayai leka melihat lori pasir dari arah bertentangan lalu terbabas ke tepi jalan.

"Mangsa tidak menyedari terdapat sebuah kenderaan penyelenggara lebuh raya di hadapannya lalu merempuh kenderaan berkenaan mengakibatkan mangsa terjatuh ke kiri jalan sebelum dilanggar pikap yang lalu di lorong itu," katanya.
Beliau berkata, Muhamad Izam Azhar meninggal dunia di tempat kemalangan kerana mengalami cedera parah dan mayatnya dihantar ke Hospital Jitra untuk dibedah siasat.

Ibu saudara mangsa, Aishah Ibrahim, 50, berkata anak saudaranya yang mengambil jurusan Kejuruteraan Pembuatan itu baru saja menjalani latihan industri di sebuah kilang di Napoh, dekat sini.

Mayat Muhamad Izam Azhar dikebumikan di Kampung Lepai, Jalan Langgar, Alor Setar selepas solat Asar.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!