Monday, February 13, 2012

Cat and bird are the best of friends


The long-held belief that cats and birds are amongst nature's worst enemies is being challenged by a kitten and a chick that have struck up the unlikeliest of friendships.
This picture reveals the special bond between the pair with the cute moggie happy to eat, sleep and play with its companion.

The pair formed their relationship after five-year-old Maria Fedorov brought the hungry stray kitten home to her parents house in Moscow Russia.
Reluctantly, her parents allowed her to keep the bird and to their surprise they instantly became best friends.
Maria's father, Alexander, from, Moscow, Russia, said: 'When Maria found out she could keep the kitten she was full of joy.

'The next morning while helping her mum with the morning shopping she saved a chick from a cat in the market square and also brought it home.

'We told her they might not make a great pair but she was sure they would be okay.


'Despite our fears both pets started to play with each other. They moved everywhere as twins, played, slept and even ate together.'

Research conducted a year ago suggested that the two fierce enemies with cats estimated to kill 275million animals each year in Britain, of which 55million are birds.










.

Marshanda selalu ditanya mengenai 'cucu'


Sepuluh bulan sudah usia pernikahan Marshanda dengan Ben Kesyafani.
Pasangan yang menikah pada 2 April 2011 itu sudah didesak orangtua masing-masing untuk memberikan cucu.

"Orangtua kami berdua suka bertanya bila nak beri cucu kepada mereka.' cerita Marshanda meniru gaya orangtua mereka ketika bertanya ketika dia ditemui di Podomoro City, Jakarta Barat.

Menurut Chaca--panggilan akrab Marshanda--rancangan memiliki anak terpaksa ditunda kerana dia masih ingin menyelesaikan kuliah.

"Aku sih mau fokus kuliah dulu. Tapi kalau lihat teman punya anak, pengen juga," tutur artis itu.











.

Unggul : 6 Trofi Julang Adele di tempat terbaik


Rekod Terbaik: Rolling In The Deep (Adele)
Album Terbaik: 21 (Adele)Lagu Terbaik: Rolling In The Deep (Adele)

Artis Baru Terbaik: Bon Iver

Persembahan Solo Pop Terbaik: Someone Like You (Adele)

Persembahan Duo/Berkumpulan Pop Terbaik: Body And Soul (Tony Bennett & Amy Winehouse)
Album Vokal Pop Terbaik: 21 (Adele)

Rakaman Dansa Terbaik: Scary Monsters And Nice Sprites (Skrillex)

Album Dansa/Elektronika Terbaik: Scary Monsters And Nice Sprites (Skrillex)

Album Vokal Pop Tradisional Terbaik: Duets II (Tony Bennett & Various Artists)

Persembahan Rock Terbaik: Walk (Foo Fighters)

Persembahan Hard Rock/Metal Terbaik: White Limo (Foo Fighters)

Lagu Rock Terbaik: Walk (Foo Fighters)

Album Rock Terbaik: Wasting Light (Foo Fighters)

Album Muzik Alternatif Terbaik: Bon Iver (Bon Iver)

Persembahan R&B Terbaik: Is This Love (Corinne Bailey Rae)

Persembahan R&B Tradisional Terbaik: Fool For You (Cee Lo Green & Melanie Fiona)

Lagu R&B Terbaik: Fool For You (Cee Lo Green & Melanie Fiona)


Album R&B Terbaik: F.A.M.E. (Chris Brown)

Persembahan Rap Terbaik: Otis (Jay-Z & Kanye West)

Kolaborasi Rap Terbaik: All Of The Lights (Kanye West, Rihanna, Kid Cudi & Fergie)

Lagu Rap Terbaik: All Of The Lights (Kanye West, Rihanna, Kid Cudi & Fergie)

Album Rap Terbaik: My Beautiful Dark Twisted Fantasy (Kanye West)

Persembahan Solo Country Terbaik: Mean (Taylor Swift)

Persembahan Duo/Berkumpulan Country Terbaik: Barton Hollow (The Civil Wars)

Lagu Country Terbaik: Mean (Taylor Swift)

Album Country Terbaik: Own The Night (Lady Antebellum)










.

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU


Dah lama tak join segmen..
Terutamanya dari Encik Ben..
Dulu selalu join segmen darinya, sebab dia memang aktif buat segmen..
Sejak akhir-akhir ni memang dah jarang sangat dah..


Kenapa korang harus baca blog lulu...
Ya, Sebaran maklumat dan pengetahuan ada di Lulu-Pages..
Yang terbaik dapat lulu sajikan setiap hari, tak kira cuti ataupun perayaan..
kira macam iklan kepsi tu, tak pernah gagal update blog..
^__^


Kalau nak lulu pilih entri menarik sebagai bukti Lulu-Pages ni  menarik,
memang susah nak pilih.. sebab sepanjang hampir 2 tahun berblogging, ada lebik 7k
entri tak termasuk banyak dah yang lulu delete.. huhu, marilah baca/belek setiap entri yang ada..



Itu jer, selamat datang ke Lulu-Pages buat yang baru datang ..









.

Maddi Jane, popular melalui Youtube


Maddi Jane, seorang gadis remaja berusia 14 tahun, telah berjaya mencuri perhatian pengguna Youtube. Sebanyak 45,970,415 views pada video Price Tag yang di nyanyikan olehnya.

Semua video yang di upload olehnya di Youtube berjaya menarik perhatian. Suara merdunya berhasil meluluhkan hati ramai orang.


Gadis kelahiran 4 September 1998 Chicago, ini telah banyak diperkatakan di dunia maya. Malah dia juga akrif di media sosial, seperti Facebook, Twitter dan Myspace.




.

Berpuasa bantu pesakit kanser


Penyelidikan awal terhadap tikus yang menghidapi kanser menunjukkan berpuasa boleh melemahkan tumor dan membantu meningkatkan keberkesanan kemoterapi.

Belum diketahui sama ada pendekatan sama boleh memberi kesan kepada manusia, atau sama ada ia selamat atau tidak, tetapi penyelidik menganggap keputusan tersebut menggambarkan fokus kajian baru yang berpotensi meningkatkan respons terhadap rawatan kanser.

Dalam eksperimen terhadap tikus, 'gabungan kitaran berpuasa serta kemoterapi menunjukkan ia lebih berkesan atau jauh lebih berkesan berbanding kemoterapi semata-mata', kata penulis laporan, Valter Longo yang juga profesor gerontologi dan sains biologi di Universiti Southern California (USC), semalam.

Longo dan rakan-rakannya pada 2008 menyiarkan hasil penyelidikan yang menunjukkan berpuasa melindungi sel normal daripada kesan kemoterapi.

Penyelidikan itu tertumpu kepada sejenis kanser dan sejenis ubat kemoterapi.

Kajian terbaru yang disiarkan dalam jurnal Science Translational Medicine meluaskan skop penyelidikan tersebut untuk menunjukkan berpuasa menjadikan sel kanser lebih lemah dan merangkumi beberapa jenis kanser pada tikus.

Jenis kanser yang dikaji termasuk kanser payu dara, melanoma, glioma dan neuroblastoma manusia.

Semua kanser yang dikaji menunjukkan berpuasa digabungkan dengan kemoterapi meningkatkan peluang untuk hidup, memperlahankan pertumbuhan tumor dan/ atau membataskan penyebaran tumor.

"Kami tidak tahu sama ada berpuasa berkesan pada manusia atau tidak, tetapi buat masa ini, pesakit kanser harus dilarang berpuasa meskipun mereka boleh meminta nasihat doktor mengenai kemungkinan itu," kata Longo.

Pada 2010, kajian terhad melibatkan 10 pesakit kanser yang cuba menggabungkan kitaran berpuasa dengan kemoterapi mendapati mereka merasakan mereka kurang mengalami kesan sampingan daripada rawatan itu.





.

Gambar terakhir Whitney Houston


PENYANYI bersuara emas Whitney Houston meninggal dunia pada hari sabtu 11 februari yang lalu.
TMZ, Minggu lalu, melaporkan kejadian lengkapnya. Sumber-sumber TMZ mengatakan pengawal Houston menemukan tubuhnya tak sedarkan diri di hotel Beverly Hilton. Mereka memanggil polis dan kemudian membuat panggilan ke 911. Ketika paramedik tiba, tubuh Houston sudah tak memberi respon apapun pada pertolongan yang dilakukan pasukan perubatan.

Menurut sumber TMZ, paramedik melakukan pertolongan nafas (CPR) tapi tubuh Houston tak memberi tindak balas. Akhirnya dia disahkan meninggal pukul 15.55 petang Sabtu, 11 Februari 2012.

Sumber TMZ mengatakan tidak ditemukan bekas penggunaan ubat-ubatan di bilik yang didiami Houston. Namun polis Beverly Hills terus melakukan penyelidikan penuh untuk mengungkap apa yang sebenarnya terjadi.

Selama ini, Houston dikenali sebagai artis yang hidupnya penuh masalah dengan penyalahgunaan ubat-ubatan, terutama setelah berkahwin dengan Bobby Brown (cerai 2007).

Dia dilihat kali terakhir di khalayak awam di pesta Khamis (9/2) malam menjelang Grammy Awards. Foto yang didapat TMZ memperlihatkan Houston tidak dalam keadaan sihat. Wajahnya dilihat pucat dan jalannya nampaknya harus di bantu oleh pembantunya. Dilaporkan, di pesta itu, Houston tampil menyanyi—yang merupakan penampilan terakhirnya.

Houston meninggal di usia 48 tahun, meninggalkan seorang anak perempuannya dari perkahwinannya dengan Brown. - Star





.

Suarez Akhirnya Minta Maaf


Pemain Liverpool, Luis Suarez akhirnya meminta maaf atas tindakan tidak bersalam dengan Patrice Evra sebelum perlawanan antara Manchester United dan Liverpool di Old Trafford, 11 Februari 2012 yang lalu.
Suarez tidak menyambut huluran tangan Evra kerana masih marah terhadap lelaki yang telah menyebabkannya diheret kes rasis dan harus menjalani hukuman gantung 8 perlawanan itu.

Namun, selepas pertandingan, Suarez menyedari tindakan tersebut salah. Dia lalu meminta maaf. "Saya berbual dengan pengurus sejak perlawanan di Old Trafford dan saya sedar, telah melakukan kesalahan," luah Suarez dipetik dari The Sun, 12 Februari 2012.

"Saya telah membuat kesalahan dan saya menyesal dengan apa yang terjadi. Seharusnya saya menjabat tangan dengan Evra sebelum perlawanan dan saya ingin meminta maaf atas tindakan saya," ujarnya.
Mulai sekarang Suarez ingin melupakan kejadian itu dengan harapan dapat lebih menumpukan perhatian bermain bersama Liverpool dalam mengharungi sisa musim perlawanan."Saya ingin melupakan seluruh masalah ini dan menumpukan perhatian untuk bermain," ungkap Suarez.

Sebelumnya, tindakan Suarez itu mendapat kecaman dari pelbagai pihak, terutama MU. Bahkan, pengurus The Red Devils, Sir Alex Ferguson menyebut sikap Suarez sangat memalukan sehingga dia tidak layak lagi untuk bermain bersama Liverpool.

"Dia (Suarez) sangat memalukan bagi Liverpool. Pemain seperti itu tidak layak lagi bermain bersama Liverpool," kata Ferguson.




.

Farhan Azizan


Bintang kelahiran Akademi Fantasia 4, Farhan Azizan (gambar), 28, melangsungkan pertunangan dengan Rashdan Shuhaimi, 28, di Kompleks Ampwalk, Jalan Ampang dekat sini.

Pada majlis tersebut, Farhan yang telah lima tahun menjalin hubungan cinta dengan Rashdan menerima sebentuk cincin emas putih yang disarungkan oleh bakal ibu mertuanya, Faridah Hussin.

Farhan berkata, dia dan keluarga merancang tarikh pertunangan tersebut hampir setahun memandangkan tunangnya sebelum ini melanjutkan pengajian di United Kingdom.

“Alhamdulillah segala perancangan majlis pertunangan ini berjalan lancar. Kami perlu mencari masa yang sesuai kerana Rashdan berada di UK melanjutkan pengajian,” katanya kepada pemberita selepas selesai majlis itu.

Farhan yang mengenakan persalinan kelabu berbunga ungu memberitahu, dia mengikat tali pertunangan selama setahun dan akan mengadakan majlis perkahwinan pada awal tahun depan.

Menurut penyanyi itu, biarpun mereka jarang bertemu kerana berjauhan namun kedua-duanya tetap saling berhubungan.


“Sebenarnya memang payah kalau berjauhan, namun saya tidak mahu menjadikan ia satu halangan. Syukurlah sekarang kerana dia (Rashdan) sudah bekerja di sini,” jelasnya lagi.

Pada majlis tersebut, Farhan turut menerima lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dan membalas tujuh dulang kepada pihak lelaki.







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!