Wednesday, February 15, 2012

Kenapa blog tu femes?


Lama tak menaip apa yang terlintas dalam kepala..
Sebagai penulis novel, walaupun dah bertahun tinggalkan 'kerjaya' tu, lulu akui, ada banyak hal yang ingin dikongsikan di laman blog ni.. Dan selalu bila sikap menangguh terjadi, lulu yang ingatan tak kuat ni, akan lupakan segala-galanya.. Haish sayangnya..


Namun, marilah kita berkongsi sesuatu malam ni..
Semoga menjadi ikhtibar dan panduan buat kita semua..
Kalau tak banyak pun, memadailah ada sedikit manfaat disini.


Bila mula-mula berblogging hampir 2 tahun yang lalu, lulu apa pun tak tau..
Masa tu asyik tanya sana-sini, macam mana tu, macam mana ni..
Semuanya kena belajar cepat.. ngee, lucu bila terkenang masa tu.
Dan bila kita buat blogwalking, tengok sesuatu blog tu, ramainya follower..
Trafik dia pun boleh tahan..
Dan pernah tak terjadi, bila kita perasan takde satu apa pun yang menarik pada blog tu.



Lulu pernah macam tu.. berkali-kali..
Tapi bila tengok , owh blog tu, pemiliknya lawa/kacak..
Hah, dah terus... owh patutlah.
Masa tu terus sedarkan diri sendiri..
Apalah kan, boleh lak tengok pada 'rupa' orang..huhu


kebanyakan blog yang memaparkan kehidupan realiti, memang selalu laris macam pisang goreng.
Tak dinafikan, manusia memang gemarkan sesuatu yang realiti..
Lulu pun suka baca juga.. ngee
Tapi biarlah apa yang dipaparkan tu berpada-pada..
Janganlah sampai buka pekung didada..
Kadang tu bila baca, alahai, janganlah.. tak sanggup nak baca..
Kalau boleh, terutamanya yang dah 'berkeluarga' tu, ceritakan jer lah yang baik-baik..
Yang tak baik simpan dalam hati jer..


Memang ada pelbagai cara untuk meraih trafik yang tinggi..
Blogger memang macam tu, dan lulu tak nafikan lulu pun macam tu.
Setiap hari asyik nak fikirkan berita yang terbaik untuk menjadi entri.
Kira kepuasan pembaca tu adalah kepentingan utama lulu.


Dan, bila dah agak berjaya sesebuah blog tu, tak hairanlah ada jer orang yang dengki.
Sengaja tinggal komen yang tak sedap dibaca.. adeh, lulu siyes, dah pernah kena..
Tapi telan dengan pahit jer.. huhu, semua tu adat dalam dunia..
Tak semua orang sukakan kita.. walaupun kita sudah berusaha menjadi diri kita sendiri.
Dan lulu pernah nampak blogger femes jatuh kerana orang yang dengki.
Sayangnya kan..



Bagi lulu, bila nampak sesuatu blog itu femes, sudah tentu, banyak usaha yang dibuat keatas blog tu..
So, wajarlah kan kita respek.. Ingat senang ke nak capai ke tahap tu??
Cubalah berfikiran positif.
Kalau masa baca entri lulu ni, blog korang alahai, follower pun baru berapa ratus..
Buat entri pun takde orang nak komen..
Kalau.......kalau korang nak tau, semua blogger baru macam tu..
Lulu pun pernah macam tu.. Bila buat entri, macam bercakap sendiri, pastu takde orang baca..
Dan, alhamdulillah, usaha yang berterusan pasti akan membuahkan hasil.
lepas tu barulah orang akan baca blog kita dan tanya, kenapa blog awak femes???




P/S - Maafkan lulu, mengarut malam ni... layankan jer eh.. ngee......











.

Terpaksa lupakan sekolah


Akibat kemiskinan hidup, empat beradik di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung di sini terpaksa melupakan hasrat untuk menyarung pakaian seragam sekolah seperti kanak-kanak lain yang seusia dengan mereka.
Abdul Aziz, 12; Siti Hajar, 10, Abdullah, 8, dan Siti Hawa, 7, merupakan empat daripada tujuh anak kepada pasangan Mohd. Ridzuan Mohd. Suhaimi, 42, dan Zarinatul Asiah Mohamed Isa, 39.

Anak sulung pasangan itu, Abdul Rahman, 14, kini belajar di Sekolah Menengah Taman Bunga Raya dan terpaksa berjalan kira-kira tiga kilometer setiap hari untuk ke sekolah manakala Siti Hawa sepatutnya memasuki tahun satu pada Januari lalu.

Dua lagi anak pasangan itu ialah Abdul Latif, 5, dan Muhamad Hakim (tujuh bulan).

Menurut Mohd. Ridzuan, empat anaknya itu pernah belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Beruntung di sini, tetapi terpaksa berhenti pada tahun ini akibat kesempitan hidup.
Katanya, anak bongsu mereka yang dilahirkan di rumah pula tidak mempunyai sijil kelahiran berpunca daripada kelewatan mendaftarkan kelahirannya.

"Kami hidup miskin sejak tiga tahun lalu apabila saya diberhentikan kerja oleh sebuah syarikat swasta atas alasan kesihatan yang dikaitkan dengan masalah kemurungan.

"Sejak itu usaha untuk mendapatkan kerja tidak berhasil atas faktor usia dan masalah kesihatan. Pelbagai cara telah saya cuba, tapi semuanya tidak berhasil. Kini saya terpaksa berbuat apa sahaja kerja untuk menampung hidup," katanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga terpaksa berpindah dari rumah yang disewa sebelum ini dengan kadar RM150 sebulan kerana tidak mampu membayar sewa dan rumah sekarang baru diduduki tiga bulan lalu.

Menurut Mohd. Ridzuan, usaha untuk mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga tidak berhasil apabila diberitahu namanya tidak disenaraikan meskipun sudah tiga kali mengisi borang.

Sementara itu, Abdul Aziz yang sepatutnya berada di tahun enam dan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini tidak dapat menahan tangisan mengenangkan nasibnya tidak dapat bersekolah.

"Saya nak belajar seperti kawan-kawan yang lain. Setiap kali bermain, mereka tanya kenapa saya tidak bersekolah. Saya tahu boleh dapat 5A (dalam UPSR), cuma saya tak dapat pergi ke sekolah," katanya.

Menurutnya, keluarganya hidup dalam kesusahan dan menu harian mereka adalah nasi dan telur goreng sahaja.







Owh i like this.. something new and... its FREE..




.

Photoshop fail!


The plot is thickening in the case of the mutant hand.

Alarms were raised over a pretty model in a burnt orange dress who appeared to have had a run-in with a very heavy airbrush.

The devilishly bad piece of retouching at Simply Be left the brunette with an apparently freakishly clawed left hand, complete with six fingers and right-angled gashes.
Alongside the sharp digits, the unwitting model's right hand was given a stumped, forked thumb.

As Vernon and the team at the Photoshop Disasters write: 'On the upside, her dress is a lovely color, and the photo has made this model the most in-demand guest at all finer marshmallow and wienie roasts.'
The alteration begs the question of whether the rest of the image - including the dress for sale - has been unrealistically and misleadingly enhanced.

After the story made its way onto Jezebel, Simply Be quickly changed the image to something for more human and less ghoulish.
The kimono dress is now worn by a model who, the site acknowledges, is a 'non-mutant' - and, thankfully, rather more attractive - version.

As if Photoshop hadn't already had enough criticism of late, the blunder adds fuel to the anti-retouching lobby.

Moves to restrict the use of retouching on commercial images are gaining momentum, no thanks to the embarrassing backlash that airbrushing errors such as this creates.

On the basis of a poll that found that readers were increasingly feeling deceived by commercial images, Glamour magazine has just announced that it will ask commissioned photographers not to alter the shapes of models - even if a celebrity requests a 'digital diet'.

No matter how beautiful or famous, celebrities and models alike regularly fall foul of over-zealous retouching - with some companies, such as Makeup Forever, increasingly making a point of only publicising entirely unaltered images.








.

Transformers kembali


Selepas kejayaan tiga filem sekuel Transformers, penerbitnya, Lorenzo di Bonaventura mendedahkan filem robot tersebut akan diteruskan dan pengarah Michael Bay sekali lagi bakal mengambil tempat untuk melaksanakan projek terbaru itu.

"Bay akan mengarah Transformers 4 dan berkemungkinan ia bakal ditayangkan pada musim panas 2014.

"Filem terbaru Transformers akan menampilkan jalan cerita dan watak-watak baru namun masih ada kesinambungan daripada filem-filem terdahulu," katanya dalam satu sesi wawancara bersama MTV News, baru-baru ini.

Jelasnya, filem terbaru Transformers adalah berbeza dengan filem Spider-Man yang diolah semula kerana ia menampilkan satu evolusi yang eksklusif.

Ketika ditanya adakah watak-watak sebelum ini akan dikekalkan, Bonaventura menyatakan watak robot Bumblebee dan Optimus antara yang bakal dikekalkan.

Dalam pada itu, Bonaventura dan Bay akan memberi tumpuan terhadap jalan cerita filem terbabit sebelum menetapkan langkah yang seterusnya.

"Walaupun filem Transformers 4 boleh disifatkan sebagai 'pembikinan semula', saya dan Bay akan berusaha untuk mewujudkan jalan cerita yang berbeza beserta watak-watak baru," ujarnya.







Owh i like this.. something new and... its FREE..




.

WORDLESS WEDNESDAY

Spekulasi susuli kematian Whitney Houston


Pelbagai spekulasi timbul sejak bintang legenda Whitney Houston ditemui mati di bilik hotelnya pada Sabtu lalu namun punca sebenar kejadian tersebut masih belum diketahui sehingga kini.

Pasukan perubatan menyatakan punca kematian penyanyi tersebut hanya akan diketahui dalam tempoh beberapa minggu.

"Penyiasatan yang dilakukan bukan seperti yang dilihat dalam siri drama CSI yang hanya dapat diketahui dalam tempoh satu atau dua hari sahaja," kata Presiden Persatuan Pemeriksa Perubatan Kebangsaan, Dr. Andrew Baker.

Seperti mana yang dilakukan ke atas kes kematian bintang pop Michael Jackson dan penyanyi Amy Winehouse, keputusan ujian toksik bakal mengambil tempoh dari enam sehingga lapan minggu.

Antara spekulasi awal yang sering dikaitkan dengan kematian penyanyi berusia 48 tahun itu adalah pengambilan dadah secara berlebihan.

Baker yang tidak terlibat dalam penyiasatan tersebut menjelaskan, autopsi awal hanya dapat mengenal pasti punca kematian bagi kes-kes seperti trauma, sakit jantung, atau berkaitan kegagalan fungsi otak.






Owh i like this.. something new and... its FREE..




.

Mati dalam keadaan mengerikan


Seorang pekerja kilang keluli mati dalam keadaan mengerikan apabila kepala dan tangan kirinya hancur akibat terperosok dalam mesin melentur logam di sebuah kilang di Jalan Datuk Stephen Yong, di sini, semalam.

Mayat Hamid Bujang, 32, dari Kampung Tanah Putih, Serian, ditemui rakan sekerjanya yang curiga apabila ternampak satu ‘objek’ melekat pada mesin berkenaan ketika mahu memulakan kerja, kira-kira jam 6 pagi.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa dipercayai cuba membengkok besi tanpa menyedari kepala serta tangannya terlalu dekat dengan mesin berkenaan.
Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, selepas ternampak mangsa tersangkut pada mesin dalam keadaan tidak sedarkan diri, dia segera menutup suis mesin berkenaan, namun usahanya terlambat kerana mangsa sudah meninggal dunia.

“Dia (Hamid) berpengalaman lebih 10 tahun bekerja dan mengendalikan mesin di kilang ini. Kebiasaannya, ada beberapa pekerja lain ditugaskan mengendali mesin di kilang ini, tetapi pada hari kejadian, hanya dia seorang saja yang bekerja.

“Terkejut dengan kejadian itu, saya kemudian menghubungi Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan bantuan,” katanya.

Sepasukan anggota polis turut bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu bagi menjalankan siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.
Beliau berkata, mangsa yang sudah berkahwin disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke HUS untuk bedah siasat.

“Keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!