Monday, February 27, 2012

Kembali ke Sepanyol


Duit syiling bernilai hampir setengah bilion dolar akhirnya tiba di Sepanyol, semalam selepas terdampar di dasar laut bersama-sama kapal yang karam lebih 200 tahun lalu dan berdepan pertikaian di mahkamah selama lima tahun antara kerajaan negara ini dan syarikat pencari harta karun.

Kapal tentera laut Nuestra Senora de las Mercede itu karam ketika ia berlayar dari perairan Peru ketika era penjajahan Sepanyol pada 1804.

Menurut laman web kerajaan, kepal perang Britain menyerangnya ketika ia menghampiri pelabuhan Cadiz, Sepanyol menyebabkannya karam.

Semalam, pesawat tentera Sepanyol mendarat di pangkalan udara Torrejon berhampiran Madrid dengan membawa 594,000 duit syiling emas dan perak yang ditemui dari bangkai kapal itu oleh syarikat pencari harta karun yang beribu pejabat di Amerika Syarikat (AS), Odyssey Marine Exploration pada 2007.

Sepanyol sebelum ini mengemukakan bantahan di mahkamah dengan mendakwa syarikat itu bukan pemilik sebenar harta karun tersebut dan hakim AS pada 17 Februari lalu telah mengarahkan harta karun itu dikembalikan kepada kerajaan Sepanyol.

Odyssey Marine Exploration berkata, mereka akan mematuhi keputusan mahkamah itu.

Kerajaan Sepanyol merancang untuk menyimpan, memulihara dan membukukan semua kandungan kargo itu seberat 17 tan yang dianggarkan bernilai 373 juta euro (RM1.5 bilion).

Beberapa sumber berkata, duit syiling itu akan dipamerkan tetapi Menteri Kebudayaan Sepanyol berkata, belum ada keputusan dibuat berhubung perkara itu.












.

"Saya sayang awak.." Kata-kata yang paling bermakna darimu


Secara teknikalnya, Lorna Baillie telah diisytiharkan 'meninggal dunia' akibat serangan jantung dan hanya bergantung kepada sistem sokongan hayat.
Namun, 45 minit kemudian, keadaan mula menjadi kecoh apabila Baillie, 49, 'hidup semula' selepas suaminya, John, 58, membisikkan 'Saya sayang awak' kepadanya.

Wanita tersebut mula membuka matanya dan menggenggam tangan anak sulungnya, Leanne, 31 tahun.

Akibat terkejut dengan reaksi tersebut, John dan tiga anaknya memanggil jururawat, namun mereka hanya diberitahu ia merupakan 'pergerakan tiba-tiba' akibat rawatan perubatan jangka panjang.

Enggan mempercayainya, keluarga tersebut meminta jururawat terbabit memanggil doktor untuk melakukan pemeriksaan dan mendapati terdapat denyutan nadi dan Baillie dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bekas jururawat berasal dari Prestonpans, Timur Lothian itu dimasukkan ke hospital pada 10 Februari lalu setelah dia tiba-tiba rebah di rumahnya akibat serangan jantung sebelum diumumkan meninggal dunia secara teknikal iaitu pernafasannya akan berhenti sedikit demi sedikit.

"Kami terkejut dengan apa yang berlaku namun bersyukur ibu masih bersama kami dan tidak pernah jemu untuk memberi semangat kepadanya agar terus kuat," kata Leanne.

Dua minggu selepas 'keajaiban' tersebut, Baillie sudah mampu duduk dan berbual dengan ahli keluarganya, malah terus menunjukkan perkembangan positif, walaupun mengalami kegagalan buah pinggang.











.

Supermodel terkaya di dunia


Model terkenal, Kathy Ireland dinobatkan sebagai supermodel terkaya di dunia menewaskan model-model terkenal lain seperti Gisele Bündchen dan Cindy Crawford.
Dia menduduki tempat teratas daripada senarai sepuluh CelebrityNetWorth.com.

Ireland, 48, mengejutkan industri fesyen selepas diumumkan sebagai supermodel yang berpendapatan tinggi di dunia.

Satu senarai baru menunjukkan Ireland mencatat tempat pertama dengan memperolehi pendapatan kira-kira 222 juta pound (RM1.1 bilion) diikuti Gisele Bündchen dari Brazil dengan memperolehi 159 juta pound (RM760 juta).

Cindy Crawford dan Tyra Banks masing-masing menduduki tangga ketiga dan keempat dengan pendapatan masing-masing sebanyak 64 juta pound (RM306 juta) dan 57 juta paun (RM272.5 juta).

Selebriti lain seperti Christie Brinkley, Heidi Klum, Kate Moss, Naomi Campbell, Elle Macpherson dan Claudia Schiffer turut disenaraikan dalam carta CelebrityNetWorth.com.

Ireland muncul sebanyak 13 kali berturut-turut sebagai model baju renang bagi majalah Sports Illustrated sepanjang kerjayanya yang luar biasa.

Dia turut menjadi duta bagi lebih 15,000 produk di pasaran.
Sebelum ini, dalam satu temu bual Ireland mendedahkan rahsia kejayaannya.

"Saya terlibat dan sangat berminat dalam perniagaan sebelum bekerja sebagai model.

"Saya melihat kerjaya pemodelan sebagai satu cara menjimatkan wang bagi menyambung pelajaran ke kolej dan menyediakan modal untuk perniagaan," katanya.












.

Berkongsi cerita di Lulu-Pages..


Salam semua..
Lulu dah lama nak buat ni..
Tapi rasanya inilah masa yang paling sesuai untuk merealisasikannya..


Korang ada tak cerita yang best??
Tak kisahlah samada sesuatu yang realiti, benar-benar terjadi pada korang atau keluarga, ataupun sesuatu yang korang baca dan tiba-tiba terfikirkan menarik untuk dikongsikan.. Marilah berkongsi cerita di Lulu-Pages.. Untuk entri yang lulu rasa menarik, lulu akan kongsikan di Lulu-Pages ni.. dan ini juga peluang untuk blog korang dikenali ramai sebab di akhir cerita itu nanti, lulu akan kreditkan blog atau FB korang...
Wah best kan???


Dan, korang tak perlu nak buat entri khas kat blog yer..
Korang hanya perlu email pada lulu, lulu.caldina@gmail.com
Sertakan sekali gambar yang sesuai dengan cerita korang tu..



Tarikh tutup, sehingga entri ini tidak lagi menjadi entri melekat...














.

Beyoncé cradles baby Blue Ivy


Beyoncé appeared every bit the doting mother as she cradled her daughter Blue Ivy Carter during a lunch outing today in New York.
It was the first time the newborn has been seen in public and her mother made sure to protectively wrap her arms around the infant.

The singer dressed casually in black leather trousers, sunglasses and boots. She wore a black cap on her head to keep warm.
Blue Ivy was wrapped in a black baby blanket, with what appeared to be a black scarf covering her face.
Beyoncé was accompanied by husband Jay-Z and a team of bodyguards who kept close watch over the family as they emerged from Sant Ambroeus cafe and espresso bar in the West Village.

Eyewitnesses say the new mother wasn't feeling well and the family left after only 30 minutes.The 30-year-old singer and Jay-Z surprised fans earlier this month by sharing the first pictures of their offspring on the internet.
The proud parents posted a series of intimate portraits of their beloved daughter, who was born just over a month ago.


Instead of selling their first baby pictures to a glossy magazine for millions of dollars, the music megastar couple decided to take control posting snaps of Blue to a tumblr blog.





.

Menjadi manusia terkecil di dunia


Namanya Chandra Bahadur Dangi. Usianya sudah 72 tahun. Namun, tinggi badan Dangi hanya 22 inci atau sekitar 55.8 cm. Mungkin Dangi akan diishtiharkan menjadi manusia terpendek di dunia setelah Guinness World Records melakukan ujian untuk memastikan tinggi badannya pada hari Minggu ini. Beberapa hari yang lalu, Dangi telah berangkat ke Kathmandu untuk memenuhi undangan pencatat rekod dunia itu.

Saat ini, rekod manusia terpendek dipegang oleh Junrey Balawing (18) berasal dari Filipina dengan tinggi badan 22.5 inci. Dia merupakan anak keenam dari lapan adik beradik. Lapan adik beradik itu terdiri dari enam lelaki dan dua perempuan. Tiga dari lima adik beradik lelakinya memiliki tinggi kurang dari empat kaki (sekitar 121 sentimeter).


Dangi meninggalkan desa untuk pertama kalinya pada lima tahun yang lalu. Perjalanan ke Kathmandu kali ini merupakan kepergian keduanya meninggalkan desa yang terletak di kawasan barat daya Nepal.
Sebelumnya, Dangi yang berasal dari wilayah Dang, 350 kilometer dari Kathmandu, ini mengaku tak pernah berfikir untuk mencatatkan tinggi tubuhnya menjadi rekod dunia. Keluarga yang tidak mementingkan pendidikan ini, tidak memperdulikan urusan seperti ini.






.

Banjir kilat di Aceh


Hujan lebat yang turun di daerah kecil Tangse, dalam daerah Pidie, Aceh petang Sabtu mengakibatkan beberapa kawasan penempatan dilanda banjir kilat, hingga menyebabkan seorang penduduk dilapor hilang dan 18 rumah dihanyut arus air.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia dalam satu kenyataan, berkata penduduk yang hilang dikenalpasti sebagai Tengku Idris, 55, manakala kampung yang terkena banjir kilat itu ialah Desa Kebun Nilam, Desa Blang Maloe dan Desa Pulo Mesjid.
Data yang dikeluarkan BNPB menyebut buah rumah hilang di Desa Kebun Nilam manakala di Desa Blang Maloe, empat rumah hilang dan sebuah rumah rosak teruk.

BNPB peringkat daerah dan provinsi serta semua agensi bantuan yang berkaitan
telah berada di kawasan bencana sejak semalam untuk menangani kejadian itu serta
memindahkan mangsa ke kawasan selamat.

Banjir kilat itu turut mengakibatkan jambatan Kuala Panteue terputus dan
menyebabkan perhubungan lalu lintas terganggu. Pihak berkuasa belum menaksirkan kerugian yang dialami dalam kejadian itu.

Ia adalah kali kedua banjir kilat melanda kawasan itu sejak bulan Mac tahun
lepas di mana 24 penduduk dilaporkan mati manakala 102 rumah hancur atau rosak.

Kejadian pada 10 Mac tahun lalu itu dipercayai berlaku kerana kegiatan
pembalakan liar di kawasan Hutan Tangse, dan curahan hujan selama empat hari
sebelumnya.





.

15 pelancong maut di China, bas jatuh gaung


15 pelancong terbunuh manakala 19 yang lain cedera apabila bas yang dinaiki mereka tercampak ke dalam gaung.

Pihak berkuasa China dalam satu kenyataan, berkata ia berlaku selepas bas terbabit melalui jalan selekoh di lebuh raya wilayah Shanxi, di bawah pemerintahan kerajaan bandar Jincheng, pagi Sabtu (waktu tempatan).
Setakat ini, katanya, 15 disahkan terbunuh manakala 19 yang mengalami kecederaan sudah dikejarkan ke hospital.




.

Skim pelaburan emas internet


Kementerian Kewangan bimbang kemungkinan merebaknya skim pelaburan emas melalui internet yang menjanjikan pulangan tinggi, akhirnya memberi kesan buruk kepada pelabur.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, syarikat yang ditubuhkan di luar negara itu dikatakan memberi jaminan akan memberi keuntungan 10 hingga 20 peratus dalam tempoh yang singat.

"Peringkat awal mereka benar mendapat untung lumayan tetapi kita bimbang pada akhirnya mereka akan mendapat kesan buruk apabila tidak mendapat pulangan yang setimpalnya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen membaja Risda di Kampung Mak Lipah, Pak Badol di sini, hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Kewangan tidak pernah mengeluarkan lesen mengenainya dan jika ada yang merasa tertipu mereka boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk diambil tindakan.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!