Thursday, March 1, 2012

Couple born on same maternity ward tie knot 22 years later


A couple have proved are destined to be together from the cradle to the grave after tying the knot - 22 years since they were separated at birth.
Both Richard and Kayleigh Brookes' mothers were in hospital at the same time in 1989 giving birth to them on the same maternity ward.

Years later, the two were put in the same class at secondary school and became first loves at the tender age of fifteen.
And it seems Cupid’s arrow was always going to bring the pair together, as they have now completed their fairy-tale with a white wedding last Saturday at St John the Baptist Church in Halesowen, West Midlands.

'We couldn’t believe it when we realised our mothers were in the hospital at the same time,' said Richard.

'I was born on April 22 and Kayleigh on April 25 but my mother had to stay on the ward for a week so they were there at the same time.'I was always in trouble at school and once I got beaten up and only Kayleigh texted to see how I was. After that we started going out and we’ve never spent a day apart since.

'Everyone said it wouldn’t work, including the teachers, but we have proved everyone wrong and I could not be more happy.'

Delivery driver Richard, 22, proposed to Kayleigh at her 21st birthday party surrounded by her family as it was also her father's birthday.
He got down on one knee to her favourite song - Boyzone’s ‘Every Day I Love You’ - before popping the question.

'Our families both really get on especially because what happened with our mothers so the wedding was like one big happy family,' added. Richard.


'The wedding was perfect, even if we had won the lottery beforehand we would have not changed a thing.'
The couple, who now live together in Oldbury, West Midlands, have since jetted off to Las Vegas for their honeymoon.
They first met at school when they were 11-years-old but didn’t become close until Kayleigh sent Richard that text after he was beaten up.

But lovestruck Kayleigh admitted she always had a soft spot for Richard and would flirt with him.
They got together soon after but picture-perfect story was so close to failing at the first hurdle.
'Everyone at school said I shouldn’t go out with him as he was always getting trouble and it wouldn’t last five minutes but we have proved everyone wrong,' said the accounts assistant.

'People at school were horrible. Everyone warned me off him and told my mum and dad he was trouble but they are still waiting to see any signs of trouble.
'My feelings were strong enough and I followed my own mind.

'We are like Romeo and Juliet but both our families get on together so the wedding day was perfect.

'It was lovely when we found out we were in the same ward together as babies as it means we will be together from the start to finish of our lives and we’ve never met anyone else who can say that.
'We are hoping we will be as lucky in Las Vegas as we have been in love.'





.

Lavienda Namiraz


Penyanyi Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli,27, selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Lavienda Namiraz pada 26 Februari lalu melalui pembedahan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Kata penyanyi lagu Penantian ini, walaupun hasratnya untuk melahirkan bayi seberat 2.95 kilogram itu secara normal tidak kesampaian dia bersyukur dan gembira kerana semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.

"Saya memang teringin untuk bersalin secara normal tetapi demi keselamatan bayi saya reda dan bersyukur walaupun terpaksa menjalani pembedahan.

"Apa yang penting, keadaan bayi sihat dan selamat," katanya..

Berkongsi pengalamannya ketika melahirkan anak sulung itu, Bienda berkata dia terpaksa menjalani pembedahan demi mengelakkan sebarang kemungkinan buruk kerana leher bayinya terbelit tali pusat.
"Kalau diikutkan saya dijangka bersalin pada 10 Mac depan. Apabila saya dan suami buat pemeriksaan pada Sabtu lepas, belum ada kontraksi yang membolehkan saya bersalin.

"Apabila pulang ke rumah, saya mula alami kesakitan yang berpanjangan selama 12 jam sehingga memaksa kami ke hospital semula pada Ahad.

"Apabila diperiksa, bayi saya berada dalam keadaan terlentang dan lehernya sudah dibelit tali pusat. Atas dasar keselamatan, saya teruskan juga bersalin secara pembedahan," katanya.

Bienda berkata, bayi tersebut baru sahaja pulang ke rumah pada Rabu kerana terpaksa ditahan selama empat hari kerana alahan kulit.

"Anak saya baru sahaja pulang ke rumah selepas empat hari ditahan di hospital kerana kulitnya kemerahan dan kuning sedikit selepas dilahirkan.

"Bagaimanapun, ia sudah pulih dan kami sekeluarga cukup teruja dengan kehadiran orang baru ini," katanya.

Bienda berkahwin dengan penerbit program di Primeworks Studios, Kamarul Zariman Abd Rahman pada 8 Oktober 2010. -mstar






.

Surat Dr Mahathir Kepada Benjamin Netanyahu


Berikut adalah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel pada 1997, seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar kepada Bernama di sini, Rabu.

PERDANA MENTERI MALAYSIA

14 Mac 1997

Tuan Yang Terutama

Tuan Benjamin Netanyahu

Perdana Menteri Israel

Jerusalem

Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam.

Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan.

Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.

Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan.

Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya.

Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.

Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang.

Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.

Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan.

Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel.

Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.

Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri.

Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan.

Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun.

Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan.

Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel.

Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.

Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan.

Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini.

Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka.

Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel.

Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.

Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam.

Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang.

Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.

Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah.

Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.


DR MAHATHIR BIN MOHAMAD






.

Pahitnya menjadi isteri kedua


Penyanyi lagu 'Cinta Satu Malam,' Melinda (gambar) merasakan pahitnya menjadi isteri kedua.
Sudah sebelas bulan Melinda tidak berhubungan dengan suami, Ketua Daerah Cirebon, Dedi Supardi.
Ketika perbicaraan di Pengadilan Agama di Jakarta Selatan, Melinda mengaku rumah tangganya sudah tidak boleh dipertahankan lagi.
Lebih menarik lagi, penyanyi berkenaan mendakwa dia menjadi mangsa penipuan Dedi.

“Dia memberitahu saya dia sudah tidak tinggal bersama isterinya selama lima tahun.

“Saya memang melihat dia tinggal bersendirian. Saya tidak pernah bertemu dengan isterinya,” kata Melinda.

Melinda yang nama penuhnya Eka Melinda, juga memberitahu mahkamah, Dedi berjanji akan menikahinya secara rasmi selepas tempoh perkhidmatannya berakhir.
Tetapi kerana sering bertengkar, Melinda akhirnya meminta cerai. “Saya tidak mahu menunggu dia berhenti kerja. Kami sudah tidak ada keserasian,” katanya.

Bagaimanapun, penyanyi berkenaan berkata, dia tetap mahu berkahwin secara rasmi dengan Dedi sebelum bercerai.
Menurutnya, perkahwinan itu ialah untuk anak mereka, Maharani yang baru berusia setahun.

“Kerana anak, saya akan melakukan apa saja. Hak anak itu yang paling utama dan dapat pengakuan daripada bapanya. Dengan keputusan mahkamah, saya semakin yakin dapat memperjuangkan hak Maharani,” katanya, Melinda juga mendakwa dia tidak diberi nafkah oleh Dedi selama 11 bulan. Katanya, Dedi tidak lagi memberi perhatian kepadanya dan Maharani.

Persidangan semalam ditangguh kerana Dedi tidak hadir.





.

Saman kerana hilang sesuatu yang paling berharga


Seorang bekas ahli gusti profesional mengemukakan saman terhadap lawannya kerana menyepak bahagian sulitnya terlalu kuat hingga menyebabkan satu buah zakarnya pecah hingga terpaksa dibuang.

John Levi Miller, 23, turut mengemukakan saman terhadap promoter yang mengatur perlawanan mereka tahun lalu.
Malah, Miller mendakwa, lawannya itu sepatutnya kalah kepadanya di gelanggang mengikut persetujuan sebelum perlawanan tetapi bertindak sebaliknya ketika bertarung.
Dalam samannya, Miller mendakwa Clinton Woosley adalah ‘heel’, takrif merujuk kepada orang yang sudah dipilih untuk kalah dalam perlawanan itu Jun lalu, lapor akhbar The Courier-Journal di Louisville, Kentucky.

Katanya, Woosley yang menggunakan nama Guido Andretti ketika bergusti menolak permintaannya supaya mereka merancang pertarungan seperti biasa dilakukan sebaliknya menyatakan sudah faham dan akan berakhir seperti dirancang.

Bagaimanapun, Woosley cuba menang perlawanan mereka dan membuat sepakan kuat ke bahagian sulitnya, kata Miller.
Menurut maklumat laman web gusti, Miller dilaporkan sebagai seorang ahli gusti muka baru WWE yang menggunakan nama ‘The Playboy J-Millz.’

Peguam Miller, Larry Wilder dari Jeffersonville, memberitahu akhbar bahawa anak guamnya meletakkan ais pada bahagian sulitnya selepas pulang daripada perlawanan dengan Woosley.

Oleh kerana keadaan tidak semakin baik, Miller mengunjungi hospital keesokannya apabila doktor memutuskan untuk membuang buah zakar sebelah kanannya yang pecah.

Promoter perlawanan, Sam Cosby, pemilik ‘Coliseum Championship Wrestling’ yang menaja pertarungan menyifatkan keterangan Miller tidak benar.
Katanya, Miller menang perlawanan itu seperti yang dirancang dan tidak memberitahu mengalami sebarang kecederaan.

“Dia tidak pula mengadu apa-apa,” kata Cosby.





.

Apa kena dengan muka Lindsay Lohan?


Lindsay Lohan mungkin hanya 25 tahun, tetapi dia nampaknya sudah menjadi peminat setia rawatan kosmetik. Bintang ini melangkah keluar di New York menjelang penampilan Saturday Night Live, dan menunjukkan 'muka bantal' - istilah yang diberikan kepada wanita yang bengkak muka akibat tidur.


Pelakon ini menyertai Madonna dan Kylie Minogue sebagai contoh yang paling ketara bintang yang bersinar itu mungkin pernah mempunyai implan lemak di pipi mereka, menyebabkan 'kesan muka bantal'.
Walaupun Lindsay tidak kelihatan menambah berat, mukanya kelihatan lebih bulat dan kesannya dia dilihat lebih tua daripada 25 tahun.






.

Diugut Fauzi Nawawi ?

Seorang pengurus produksi wanita berusia 25 tahun dan rakan sejawatnya membuat laporan polis mendakwa pelakon popular yang juga pengarah, Fauzi Nawawi mengugut untuk mencederakannya selain merampas kereta miliknya dalam kejadian di pejabatnya di Wangsa Melawati, Ampang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa mendakwa Fauzi dan beberapa rakannya menaiki empat kereta pergi mencarinya di rumah.

Mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata, dalam kejadian itu, Fauzi bertindak di luar kawalan dengan memberi banyak ugutan terhadapnya sedangkan perselisihan yang berlaku bukanlah disebabkan hutangnya dengan pelakon berkenaan sebanyak RM14,000.

“Memang kami ada berhutang dan belum melunaskan separuh daripada bayaran pelakon termasuklah RM14,000 membabitkan Fauzi, tetapi mereka harus faham lambat laun kami akan melangsaikan juga hutang itu dan tidak pernah sesekali melarikan diri.

“Untuk pengetahuan, kami baru saja melunaskan bayaran RM28,000 kepada seorang warga Iran itu dan akan melangsaikan semua baki hutang kepada semua terbabit termasuk Fauzi dalam masa terdekat,” katanya enggan mengulas lanjut mengenai jenis ugutan diterima daripada Fauzi dan rakan-rakannya ketika dihubungi, semalam.





.

Lagi rumah artis dipecah masuk


Kediaman pelawak terkenal tanah air, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil dipecah masuk sekumpulan penjenayah di Kampung Masjid, Mambau di sini hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.55 pagi apabila penjenayah itu memecah masuk rumah keluarga juara Raja Lawak musim kedua itu yang kini dihuni bapa saudaranya melalui bahagian belakang rumah itu.

Menurut bapa saudaranya, Rahmat Abd. Latiff, 55, kejadian disedari sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas pulang menghantar anak perempuannya ke tempat kerja di sebuah pusat beli-belah berhampiran.

"Saya nampak pintu belakang rumah sudah terbuka dan kesan umpil pada jeriji tingkap di salah sebuah bilik tingkat bawah.

"Tanpa berlengah, saya bergegas masuk ke dalam rumah dan mendapati bilik tidur diselongkar, habis semua pakaian sudah bersepah di atas lantai," katanya ketika ditemui di rumah itu hari ini.






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!