Sunday, March 4, 2012

Zirafah Di Zoo Mati Dengan Plastik Di Dalam Perut


Satu-satunya zirafah di zoo terbesar di Indonesia mati dengan gumpalan plastik besar dijumpai di dalam perut, menyebabkan kebimbangan di kalangan pegawai zoo.

Jurucakap Zoo Surabaya, di ibu kota Jawa Timur, Anthan WARSITO, mengatakan bahawa zirafah berusia 30 tahun itu - dinamakan "Kliwon" - sakit selama beberapa hari sebelum mati pada Khamis.
Zirafah mempunyai jangka hayat 20-30 tahun, dan Warsito mengatakan kematian Kliwon tidak memeranjatkan.

Tetapi bedah siasat pada Jumaat mendapati ketulan plastik seberat 44 paun (20 kilogram) dengan diameter 23 inci (60 sentimeter) di perut Kliwon.

Warsito pada Sabtu, berkata bahawa plastik tersebut datangnya dari bungkusan makanan yang dilemparkan oleh pelawat zoo selama bertahun-tahun.

Beliau berkata haiwan lain di zoo akan diberi pemeriksaan serta-merta.





.

Akim tak pernah cintai Stacy


"SAYA tidak pernah bercinta dengan Stacy tetapi saya akui hubungan kami rapat. Jadi bila timbul cerita kami bercinta, saya rasa pelik. Mungkin orang nampak kami rapat dan orang anggap kami bercinta," jelas Akim saat ditebak dengan persoalan cinta baru-baru ini.

Mungkin ramai yang sudah sedia maklum dengan 'cerita cinta' mereka. Hubungan rapat yang terjalin sejak rasmi bergelar anak seni tidak pernah habis diperkatakan apatah lagi mereka sama-sama popular.

Tidak mudah melenting dengan pelbagai asakan soalan yang melemaskan, Akim menjelaskan dia masih lagi solo dan tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana gadis termasuklah Stacy.

"Belum jumpa orang yang betul-betul saya suka rasanya. Saya tak suka perempuan yang manja dan mengada-ngada. Kalau boleh saya nak cari teman istimewa yang boleh berdikari.





.

Lady Gaga berlakon dalam filem?


Penyanyi berimej pelik, Lady Gaga dilaporkan bakal membuat kemunculan khas dalam filem terbaru Men in Black 3. Filem tersebut masih mengekalkan dua heronya iaitu Will Smith dan Tommy Lee Jones.

Laporan tersebut, bagaimanapun tidak dapat disahkan apabila pihak produksi masih merahsiakan siapa yang bakal membuat penampilan khas dalam filem terbabit.

“Kami bakal menampilkan seorang selebriti dalam Men in Black 3, namun tidak akan mendedahkan siapa gerangannya,” katanya.

Men in Black 3 mengisahkan mengenai pengembaraan dan usaha ejen J, lakonan Smith yang kembali ke masa silau untuk menyelamatkan rakan seperjuangannya, ejen K (Jones).

Apa yang lebih menarik, filem tersebut turut menampilkan penyanyi Nicole Scherzinger yang memegang watak antagonis sebagai Lilly.Filem yang turut dihasilkan dalam versi 3D itu bakal memasuki layar perak pada 25 Mei ini.




.

Kaki bintang realiti cedera pakai kasut berduri


Bintang rancangan realiti televisyen Big Brother, Georgia Salpa mengalami kecederaan di kaki akibat memakai kasut tumit tinggi dengan hiasan 'berduri'.

Ketika menghadiri parti anjuran majalah Look di sini semalam, kelihatan kaki kirinya mengalami luka-luka kecil.

Menurut jurucakapnya, kecederaan tersebut berlaku selepas bintang realiti itu memakai kasut tumit tinggi rekaan Christian Louboutin.

"Salpa memakai kasut tumit tinggi 'berduri' rekaan Louboutin ketika menghadiri satu parti sempena Minggu Fesyen London.





.

Sebuah bandar musnah akibat puting beliung


Pasukan penyelamat memulakan operasi mencari mangsa semalam selepas beberapa siri puting beliung melanda tengah AS dengan menyebabkan sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh, manakala sebuah bandar musnah.

Trak dan pokok dihumban seperti alat permainan apabila puting beliung membadai lima buah negeri di AS kelmarin.

Beberapa pegawai memberitahu, angka kematian di negeri Indiana mencecah 13 orang kelmarin.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Awam Kentucky pula mengesahkan 12 orang terbunuh akibat bencana puting beliung di negeri berkenaan setakat ini.

Menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Kentucky, sebanyak 13 puting beliung melalui negeri itu kelmarin.


Dua lagi kematian dilaporkan oleh pihak berkuasa di negeri jiran, Ohio.
Bandar Marysville yang terletak sekitar 65 kilometer dari Louisville, Kentucky musnah sama sekali dalam bencana berkenaan.




.

Lelaki tertinggi meninggal


Manusia tertinggi di Indonesia, Suparwono dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di Tulang Bawang, wilayah Lampung.

Berita mengenai pemuda berusia 27 tahun itu, yang juga merupakan ikon Lampung, tersebar luas di dalam laman-laman sosial Facebook dan Twitter.

Bagaimanapun, punca kematian lelaki yang mempunyai ketinggian 2.71 meter itu masih belum diketahui walaupun ada laporan yang mengatakan sakit perut sebagai punca.
Keluarga Suparwono juga masih belum mengesahkan perkara tersebut dan pihak media sukar mendapatkan maklumat ekoran rumah lelaki itu yang terletak di kawasan pendalaman dan keadaan jalan sangat teruk.

Kali terakhir lelaki ketiga tertinggi di dunia ini muncul di khalayak ramai adalah pada 22 Oktober 2011 semasa majlis pembukaan Festival Krakatau. - AGENSI






.

Keluarga Sharlinie tidak putus harapan


Empat tahun berlalu, namun, keluarga Sharlinie Mohd. Nashar tidak pernah putus harapan, malah sentiasa yakin akan menemui kanak-kanak yang hilang tanpa dapat dikesan itu satu hari kelak.

Bapanya, Mohd. Nashar Mat Hussein, 33, berkata, atas keyakinan itu dia sekeluarga berusaha mencari Sharlinie di beberapa negara jiran termasuk di Thailand, Indonesia, Singapura dan Myanmar.

Katanya, sehingga hari ini, tiada sebarang maklumat terbaru berhubung misteri kehilangan Sharlinie dimaklumkan kepadanya.

“Sebagai orang Islam saya tidak akan berputus asa dengan rahmat Allah dan tetap meneruskan usaha mencari selain berdoa.

“Naluri saya dan isteri pula kuat mengatakan anak saya masih ada di dalam negara ini. Kami merancang untuk ke Sabah dan Sarawak namun, masih belum dapat ke sana.





.

Wanita tertua ini berhasrat mahu kahwin lagi

Walaupun berusia 116 tahun, Puan Ahmad yang merupakan wanita tertua di negeri ini menyimpan hasrat untuk berkahwin lagi dan sedang mencari calon bagi menjadi pasangan hidupnya.

Menurutnya, hasrat untuk berkahwin lagi antara lain adalah kerana mahu mencari teman bagi mengisi kesunyian hidup berseorangan.

"Bukan apa, bosan juga duduk seorang diri masa tua-tua sekarang," katanya yang berharap mendapat calon suaminya dari kawasan berdekatan tempat tinggalnya di Padang Keria, Sanglang, dekat sini.

Kisah Puan sebelum ini mendapat liputan meluas akhbar yang melaporkan usia seorang warga emas berusia lebih 90 tahun telah bertukar menjadi 'belasan tahun' berdasarkan pada nombor kad pengenalannya.

Berikutan itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang membuat semakan ke atas masalah yang dihadapi oleh Puan mendapati warga emas tersebut sebenarnya berusia 116 tahun berdasarkan rekod permohonannya ketika memohon kad pengenalan dahulu yang tercatat tarikh lahirnya pada 1896 dan bukannya 1996 sehingga menimbulkan banyak kesulitan.





.

Mati dihempap pagar rumah datuk


Pintu pagar besi yang menjadi kebanggaan warga emas, Mat Saman Pak Adek di hadapan rumahnya di Kampung Lay Out, Tok Saboh, Kuala Besut meninggalkan sejarah hitam hanya selepas dua bulan dipasang apabila ia tumbang dan menghempap cucunya sehingga mati pagi kelmarin.

Mat Saman, 66, berasa bangga kerana pintu pagar yang setiap satunya sepanjang 2.5 meter dan seberat kira-kira 40 kilogram itu dibina dan dipasang sendiri oleh menantunya, Majuki Awang Kecik, 45, seorang pengawal keselamatan sekolah yang mahir bertukang.

Namun kelmarin, perasaan itu bertukar hiba apabila ia meragut nyawa cucunya yang juga anak bongsu Majuki, Mohd. Aqif Najwan, tiga tahun.

Kejadian pada pukul 10 pagi itu dipercayai berlaku sewaktu Mohd. Aqif bermain dengan pintu pagar gelongsor, manakala abangnya Nizarudin Ikmal, 11, dan kakak, Nurul Aina, 10, bermain badminton di pintu pagar bersebelahan.

Difahamkan, Mohd. Aqif terlalu leka bermain dengan menyorong dan menarik pintu pagar besi itu tanpa menyedari ia tergelincir daripada rel gelongsornya dan terus menghempap mangsa.

Akibat kejadian itu, Mohd. Aqif jatuh terhantuk ke atas simen sebelum dihempap pagar berkenaan sehingga menyebabkan kepala dan muka sebelah kiri kanak-kanak malang itu cedera parah.

Mat Saman juga berasa terkilan kerana terlalu mengikut kehendak cucunya itu yang merengek-rengek mahu pulang bersamanya ke rumah.

"Pada pagi sebelum kejadian, cucu saya itu ikut emak dia bekerja di kilang keropok tidak jauh dari rumah saya.

"Dia nak ikut saya balik, jadi saya bawa dia pulang dan bila sampai, saya terus masuk ke dalam dan dia bermain di halaman rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!