Monday, March 12, 2012

Dengan sekali lafaz, saya dah kahwin..


Dengan sekali lafaz, bekas juara bina badan Asia sebanyak enam kali, Datuk Malek Noor hari ini menamatkan zaman bujangnya dengan memilih seorang pakar kanak-kanak Hospital Pakar Perdana di sini sebagai teman hidupnya.

Malek atau nama sebenarnya Abdul Malek Mohamed Noor, 56, dan Dr. Wan Asma Wan Ismail, 52, yang memakai pakaian sedondon berwarna putih gading diijabkabulkan oleh bapa pengantin perempuan Wan Ismail Wan Ahmad, 87, di sebuah kondominium di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini pada kira-kira pukul 11 pagi.


Pengantin wanita menerima senaskah al-Quran sebagai mas kahwin dan lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas sembilan dulang hantaran oleh pengantin perempuan.

Dr. Wan Asma seorang ibu tunggal mempunyai tujuh orang anak berusia antara 30 hingga 11 tahun serta empat cucu, manakala Malek mempunyai seorang anak angkat Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmud yang kini berusia 2 tahun.


Ketika ditemui pemberita beliau berkata, beliau tidak memerlukan wang hantaran kerana segala kelengkapan sudah beliau miliki kerana apa yang penting perkahwinan mereka berdua kekal bahagia sehingga ke akhir hayat..






.

Askar AS tembak mati 16 rakyat Afghan


Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh hari ini apabila seorang askar Amerika Syarikat (AS) yang berjalan kaki meninggalkan pangkalannya di selatan Afghanistan melepaskan tembakan ke arah penduduk awam Afghan.

Askar itu ditahan sebaik sahaja dia kembali ke pangkalannya, menurut satu kenyataan daripada Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) yang terletak di bawah Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).


"Seorang anggota tentera AS ditahan hari ini berhubung satu insiden yang menyebabkan kematian penduduk awam Afghan di wilayah Kandahar," menurut kenyataan itu.

Seorang pegawai Barat berkata, askar itu keluar dari pangkalannya dengan berjalan kaki (pada awal pagi ini) dan mula melepaskan tembakan, sebelum kembali ke pejabat dan ditahan.






.

Dari hamil hinggalah bersalin..


Seorang wanita dan pasangannya, menghabiskan masa selama sembilan bulan mengusahakan projek video untuk mendokumentasikan kehamilan dengan keputusan yang amat mengharukan.
Video itu, hanya dipanggil Introducing....., menunjukkan bagaimana bahagian muka dan badannya berkembang dari perut yang rata sehinggalah kepada unjuran besar pada penghujung kehamilannya dan, akhirnya, ketibaan bayi perempuan mereka.

Tempoh durasi video itu hanya mengambil masa selama 90 saat, yang merangkumi keseluruhan sembilan bulan tempoh kehamilannya. Ia bermula dengan wanita itu berdiri menunggu teman lelakinya, yang memasuki bilik dan ciuman pada perut ratanya.

Dan pada bulan-bulan berikutnya, menjadi rutin bagi mereka untuk mengabadikan gambar-gambar perbezaan perut kerana kehamilan itu sambil kucing dan anjing peliharaan mereka hilang dan muncul semula di dalam bilik di sekelilingnya.

Dan sedetik kemudian, setelah beberapa bulan, muncullah seorang bayi perempuan yang dinamakan Amelie Amaya. Pengguna YouTube telah mengucapkan tahniah kepada pasangan itu untuk projek-projek selama sembilan bulan itu.





.

Awas lolipop mengandungi bahan kimia


Kementerian Kesihatan akan terus memantau kemasukan lolipop pendafluor yang dipercayai mengandungi sejenis bahan kimia berbahaya dan boleh menyebabkan kanser.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bertindak daripada aduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pihaknya melancarkan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Fosim) di semua pintu masuk produk makanan negara ini bagi mengesan kemasukan produk tersebut.

"Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah diarah melaksanakan Fosim peringkat lima di lapangan terbang dan pelabuhan bagi mengesan dalang pengedaran lolipop itu," katanya selepas perasmian Karnival Jom Sihat di Kolej Tunku Abdul Rahman di sini, hari ini.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!