Saturday, March 24, 2012

Planet baru diliputi air ditemui


Beberapa penyelidik dari Pusat Harvard-Smithsonian bagi Astrofizik di Amerika Syarikat (AS) mendakwa mereka menemui sebuah planet baru yang diliputi air.

"GJ1214b adalah sebuah planet diliputi air serta diselubungi atmosfera yang tebal dan berwap," jelas Pusat itu dalam satu kenyataan selepas meneliti planet itu dengan Teleskop Angkasa Lepas Hubble (HST) milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).

"GJ1214b adalah sebuah planet baru dan sebahagian besarnya terdiri daripada air.

"Andainya seorang angkasawan mendarat di planet itu, dia akan mendarat di dalam air panas," kata Zachary Berta, seorang ahli astronomi.

Planet itu ditemui pada 2009 oleh Projek MEarth yang berpangkalan di bumi.

Planet GJ1214b yang digambarkan sebagai ''super-Earth'', sebesar 2.7 kali diameter bumi dan beratnya hampir tujuh kali ganda bumi.

Kajian lanjut pada 2010 memberi petunjuk kepada saintis untuk mengandaikan sebahagian besar planet GJ1214b (suhu sekitar 232 darjah Celsius) diliputi air.

Andaian itu disahkan oleh Berta dan penulis bersama yang menggunakan HST untuk mengkaji planet GJ1214b apabila melintasi di hadapan bintang.

Cahaya bintang yang ditapis melalui atmosfera planet itu, membuktikan campuran gas serta menyokong teori wap air.

"Ukuran HST mempunyai keseimbangan atmosfera yang berwap," kata Berta.

Ukuran dan anggaran selanjutnya turut memberi petunjuk kepada saintis bagi memutuskan bahawa planet GJ1214b mengandungi lebih banyak air berbanding bumi.




.

Selamat Hari Lahir Fernando Torres


Hari selasa, 20 mac, Fernando Torres genap berusia 28 tahun. Berbeza dengan bintang bolasepak lainnya, si el Nino ini merayakannya hari lahirnya dengan sederhana. Perayaan ulang tahunnya, hanya dilakukan dengan teman-teman kelab, Chelsea.

Tempatnya? Di tempat latihan The Blues di Cobham. Tak ada lampu apalagi muzik yang berdentum-dentum, hanya sebuah kek ulang tahun lengkap dengan lilin angka 28. Acaranya pun biasa saja. Tiup lilin lalu membahagikan potongan kek itu pada orang-orang yang ada di tempat latihan.

Memang sebuah pesta ulang tahun yang sederhana.





P/S - Selamat hari lahir Torres..





.

Anak Wayne Rooney Takut Cinderella


Sebenarnya apa yang tidak kena dengan wanita ini? Senyumnya yang manis, menyenangkan siapa saja yang melihatnya. Rambutnya yang perang dilihat sesuai dengan gaun berwarna biru muda itu.

Wanita yang sedang melakonkan tokoh cerita klasik Cinderella, di lantai ais, semestinya boleh menyenangkan siapa pun termasuk anak-anak yang berhibur di pertunjukan Disney On Ice, di Liverpool. Sebuah kawasan disediakan khusus tempat untuk mengambil gambar bagi pengunjungnya.

Namun, apa yang terjadi selanjutnya, membuat si wanita itu merasa serba-salah. Sebabnya, menurut OK! Magazines, terjadi sesuatu ketika Coleen Rooney membawa anaknya Kai, hasil perkahwinannnya dengan Wayne Rooney, hendak bergambar.

Kai biasanya pintar beraksi di depan kamera. Sebelumnya, dia beraksi dengan kostum Republik Ireland, baju yang dia beli ketika dinegara itu, dua minggu yang lalu. Namun hari itu, dia seperti sangat ketakutan. Kai meronta-ronta bila wajahnya didekatkan dengan perempuan cantik itu. Tak lama kemudian, ketika si cantik Cinderella itu mendekatkan wajahnya Kai makin ketakutan, dia pun menangis. Air matanya seperti meluncur deras.

Coleen Rooney, akhirnya membatalkan acara bergambar itu.
Ketakutan Kai, tentunya memberikan pengalaman baru bagi Coleen. Namun, tangisan Kai itu tidak saja menjadi pertanyaan buat Coleen, tapi juga si cantik Cinderella itu. Ada yang salah dengan dandanannya?





.

Hilary Duff selamat melahirkan bayi lelaki


Khabar bahagia datang dari pasangan selebriti Hollywood, Hilary Duff dan Mike Comrie. Duff baru saja melahirkan anak pertamanya pada hari selasa, 20 mac 2012. Meskipun demikian, bintang siri 'Lizzie McGuire' itu baru mengumumkan khabar gembira itu kepada khalayak ramai beberapa hari kemudian.
"Selamat datang ke dunia, Luca Cruz Comrie. Selasa malam, kami bangga telah menjadi orangtua dari bayi lelaki sihat dengan berat 7 pound dan 6 ons," ujar Duff seperti dipetik dari laman Aceshowbiz.


Melalui akaun Twitter, Duff mengaku sangat bahagia dan merasa seperti orangtua paling beruntung di dunia. Tak lupa, dia juga mengkhabarkan keadaan kesihatan dirinya dan anaknya.

"Dia dikelilingi oleh banyak kasih sayang. Baik ibu dan bayi dalam keadaan sangat baik," katanya. (art)





.

Kim Kardashian Dilempar Tepung


Kejadian tak menyenangkan harus dialami bintang reality show, Kim Kardashian. Seperti dipetik dari laman TMZ, Kardashian dilempar tepung oleh seorang wanita tak dikenal di London Hotel, West Hollywood.
Insiden terjadi ketika Kardashian sedang berjalan di atas karpet merah dalam rangka menghadiri promo untuk parfum terbarunya, True Refection. Tiba-tiba seorang wanita melempar Kardashian tepung dari arah belakang.

Tepung itu jelas mengotori rambut dan jaket yang dikenakan artis itu. Meskipun demikian, Kardashian tak ambil serius  dengan kejadian itu. Dia terus pergi ke sebuah ruangan khusus untuk membuka jaket dan membersihkan rambutnya dari tepung tersebut. Tak lama kemudian dia pun kembali ke acara.


Petugas pemadam kebakaran yang datang untuk memeriksa kandungan tepung memastikan bahawa tepung tersebut hanya tepung untuk memasak. Sementara itu, wanita yang melempar tepung tersebut telah ditahan polis. (art)





.

Pekeliling pelarasan gaji baru SSM 2012


CUEPACS menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mengeluarkan pekeliling mengenai pelarasan gaji baru bagi kakitangan awam mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM) selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pekeliling itu perlu diedar segera kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi membolehkan pembayaran gaji baru dengan kenaikan antara tujuh dan 13 peratus dibuat kepada semua kakitangan awam mulai bulan hadapan.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sudah mengumumkan pelarasan gaji baru kakitangan awam iaitu kenaikan antara tujuh dan 13 peratus tapi kita sedang tunggu pekeliling itu untuk membolehkan setiap agensi membuat kiraan gaji untuk dibayar pada bulan berikutnya.

"Selagi pekeliling itu belum keluar semua agensi belum boleh buat kiraan gaji untuk membayar dan kita harap hujung bulan ini pekeliling itu mesti selesai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wacana bertajuk "Mentransformasikan Skim Perkhidmatan Institusi Pengajian Tinggi Awam" pada Program Sumbangsaran Intelektual Peringkat IPTA di semalam. - BERNAMA






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!