Monday, March 26, 2012

Mari intai Uma Thurman yang sedang sarat hamil


Dia hamil dengan anak yang ketiga dan Uma Thurman telah berjaya membuatkan semua orang terkejut apabila melihat kehamilannya di pantai. Bintang 'Kill Bill' itu mendedahkan dirinya pada matahari bercuti diteluk St Barts pada hujung minggu, menunjukkan keadaan dirinya buat pertama kali sejak dia membuat pengumuman berita gembira itu bulan lepas.

Badan Uma nampak sedikir berisi dan sihat ketika dia berjalan di sepanjang pantai dengan bikini hitam.
Pelakon berusia 41 tahun itu telah ditemui oleh beberapa perenang berdekatan dan dia dilihat menikmati percutian dengan Maya, anak perempuannya yang berusia 13 tahun.
Uma dilihat mesra memegang perutnya sambil mendayung di laut, sebelum duduk diatas pasir dan memakai topi dan membaca buku.


Pengurus Thurman mengesahkan Uma Thurman hamil anak perempuan beberapa minggu lalu.









.

Kekasih-kekasih pelumba F1 yang lawa..


Minggu yang menarik di Malaysia, apabila F1 berlangsung.. Sudah tentu gelagat-gelagat pemandu-pemandu F1 menjadi tumpuan.. Apatah lagi bila mereka turut membawa kekasih hati, yang setia memberikan sokongan buat mereka..


Fernando Alonso, gagah memenangi tempat pertama, untuk perlumbaan mencabar, perlumbaa ketika hujan. Namun, tujuan entri ni dibuat, bukanlah untuk fokus kepada pemenang.. Itu dah ramai buat, dan dah ramai yang sedia maklum.

Bagi lulu melihat setiap artikel, apa yang paling menarik adalah wanita disebalik kejayaan seseorang lelaki itu sendiri.. ngee..


Pasangan yang biasa kita lihat, kembali bersama, adalah Lewis Hamilton dan Nicole Scherzinger. Nicole hadir menemani Lewis, dengan gaya tersendiri. Menampilkan pelbagai gaya menarik, sesuai dengan cuaca panas di Kuala Lumpur. Lihat saja pada gambar, dan memang tidak dinafikan, penyanyi ini memang berjaya menarik tumpuan ramai.


Namun, disamping itu, Pelumba Jenson Button tidak berjaya meraih kedudukan terbaik, walaupun, wanita disampingnya, cemerlang menampilkan gaya. Dia hanya mampu meraih tempat ke 14. Jessica Michibata, seorang model kelahiran Jepun, bijak menonjol dengan pakaian dan gayanya yang tersendiri.. Memang lawa...







P/S - Apa pun, enjoy tengok gambar, dah macam pengulas berita sukan dan terselit hiburan disitu..










.

Kenali Joshua yang berbeza dengan kanak-kanak lain


Ramai kanak-kanak lelaki yang meningkat remaja mengamalkan diet yang membosankan tetapi untuk seorang budak, dia tidak mempunyai pilihan lain kerana dia mungkin boleh mati.
Joshua yang berusia sembilan tahun, mengalami penyakit yang jarang ditemui, dikenali sebagai “eosinophilic esophagitis” yang bermaksud dia alah dengan pelbagai jenis makanan dan boleh membawa maut.

Bagi kanak-kanak biasa makanan seperti piza, hot dog, sandwic mentega kacang dan jam adalah normal tetapi tidak bagi Joshua kerana dia mengalami alahan dengan muntah, cirit birit atau serangan anafilaksis.

Bau dari makanan juga boleh membawa maut kepadanya.
Ini bermakna, ibu dan bapanya mesti memasak untuk seluruh keluarga menggunakan gril di luar.

Bapanya, Brant berkata, “Yang paling sukar bagi saya, dia tidak boleh makan apa yang kami makan.”

Joshua hanya boleh makan makanan bayi setiap hari. Selain itu dia doktor memberikan formula untuk meningkatkan nutrien dalam badan melalui tiub di perutnya.
Joshua juga diberi pendidikan di rumah oleh ibunya, Cara, disebabkan penyakit yang membuatkan dia lesu.

“Setiap hari, Joshua akan bangun pada jam 6.45 pagi kerana dia mendengar bunyi enjin bas sekolah,” katanya.

Katanya, “Kadang-kadang dia akan memandang ke luar tingkap dan menangis kerana dia tidak boleh naik bas itu, dia tidak boleh naik bas sekolah dengan kanak-kanak lain.” - Daily Mail








.

Tolonglah pulangkan dia..


Sebuah keluarga dari Anak Bukit di sini dirundung kesedihan ekoran kehilangan anak gadis mereka dipercayai dilarikan kekasihnya sejak 8 Oktober 2011.
Siti Ruzaida Ishak, anak bongsu daripada empat beradik itu keluar dari rumah melalui tingkap di biliknya pada pukul 2 pagi dengan membawa sebuah beg pakaian kerana dipercayai mengikut kekasihnya yang dikenali sebagai Boy.

Ibu mangsa, Siti Hajerah Ahmad, 52, memberitahu, Boy atau nama sebenarnya, Mohd. Faizal Issyam Ismail, 24, disyaki memecah mangga tingkap bilik anaknya sebelum membawa anaknya lari.
Katanya, pada waktu itu, suaminya, Ishak Abdullah, 61, terdengar bunyi bising di luar rumah namun terlalu mengantuk untuk bangun melihat apa yang berlaku.

“Saya pula tidak sedar kerana tidur dengan nyenyak. Kehilangan Ruzaida hanya disedari pada pukul 5.30 pagi pada hari kejadian,” kata Hajerah di sini semalam. - Metro










.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!