Wednesday, March 28, 2012

Angelina Jolie Hamil Anak Kembar Lagi?


Berita kehamilan Angelina Jolie kembali menghiasi media-media luar negara. Jolie dikhabarkan sedang mengandung anak kembar. Kehamilan itu membuat Jolie dan Brad Pitt merancang merasmikan hubungan mereka ke alam perkahwinan.

Menurut OK! Magazine, pasangan ini akan segera menyambut kehadiran bayi kembar laki-laki. Keduanya disebut-sebut tidak sabar menyambut kehadiran anggota keluarga baru tersebut. "Mereka memutuskan untuk menyambut anak kembar itu dengan status baru, sebagai suami isteri," kata sumber.

Masih menurut sumber, Jolie sangat hati-hati menjaga kehamilannya tersebut. Dia juga belum bersedia berkongsi khabar bahagia itu kepada umum. Dia masih menikmati kehamilannya.
"Ini bukan sesuatu yang ingin dia umumkan secara rasmi. Dia hanya berkongsi pada orang tertentu," ujarnya.

Sama dengan wanita hamil lainnya, Jolie juga mengalami masa-masa mengidam dan morning sickness. Namun, Jolie tetap bersemangat dan tidak sabar dengan kelahiran calon bayinya tersebut.

"Setiap waktu, Jolie benar-benar menikmatinya," ucap sumber lagi. (eh)











.

Penjaga Makam Yesus Ternyata Seorang Muslim


Gerbang itu besar dan tinggi. Pintunya dari kayu tebal dan berpagar besi. Kaum Kristien di seluruh dunia mengenali gerbang itu sebagai pintu masuk Gereja Makam Kudus di Yerusalem. Makam itu adalah bangunan tersuci umat Kristien. Mereka percaya gereja itu dibangun di atas bukit Golgotha, tempat Yesus Kristus disalib dan makam tempat dia bangkit kembali.

Wajeeh Nuseibeh bukan Kristien. Lelaki gemuk berusia 55 tahun itu beragama Islam dan hidup turun-temurun di kota yang menjadi Ibu Kota Israel itu.
Tapi, demikianlah adanya. Makam suci itu dijaga selama berabad-abad oleh sebuah keluarga Muslim. Wajeeh adalah salah satu keturunan keluarga itu yang kini menjadi juru kunci Gereja Makam Kudus.

"Tak seorang pun di seluruh dunia yang boleh membuka gereja itu kecuali aku," katanya seperti dilaporkan Time. Ketika Kalifah Umar menguasai Yerusalem pada tahun 638, dia menugaskan seorang prajurit Arab, nenek moyang Wajeeh, menjaga gereja itu. Sejak itu keluarga Nuseibah tak cuma menjaga gereja tapi juga menjadi wasit bagi tujuh kelompok Kristien yang saling memperebutkannya.

Tiga kelompok terkuat -- Katolik Roma, Yunani, dan Armenia -- memegang 70 peratus pemilikan gereja. Setiap kelompok mengaku berhak memiliki tempat suci itu. Masing-masing meletakkan patung-patung malaikatnya di dalam basilika.

Beberapa tahun lalu, sekitar 500 pendeta Yunani dan Fransiskan bertekak berjam-jam, saling melempar bangku dan memukul dengan tangkai tempat lilin. Ini terjadi gara-gara satu kelompok harus melintasi barang suci milik yang lain. Selama berabad-abad kecurigaan dan kebencian itu membuat hanya seorang Muslim yang dapat dipercaya memegang kunci Makam. "Kaum Kristien menilai aku neutral," kata Wajeeh.


Wajeeh hanya digaji sekitar NIS25 ($5) per bulan oleh kelompok masing-masing . Tapi, dia mengerjakannya dengan serius kerana itulah tugas keluarganya. Keluarga Nuseibeh dulu punya ladang-ladang zaitun yang luas, tapi telah musnah setelah perang 1967 ketika Israel menjajah wilayah Yordania.

Wajeeh mendapat wang tambahan sebagai pemandu pelancong. Sebahagian keluarga Nuseibeh kini menjadi profesor dan pengusaha, tapi takdir Wajeeh, yang diwariskan oleh ayahnya, adalah menjaga Makam Suci.

"Kadangkala orang-orang memarahiku. 'Kamu Muslim. Apa yang kau lakukan di sini?' Aku katakan kepada mereka, 'Kami tidak fanatik. Kami menghormati kaum Kristien'," kata Wajeeh.





P/S - Subhanallah...







.

Pembersih tingkap tidak kenal takut berkerja di luar tingkat 101 bangunan keempat tertinggi di dunia


Di luar tingkat 101 Pusat Kewangan Dunia Shanghai di China, pembersih tingkap harus bersedia untuk syif mereka. Lebih daripada 30 pekerja di dalam pasukan tingkap pembersihan kerja pencakar langit yang sangat tinggi itu bekerja berpasangan setiap hari.


Mereka perlu mendapatkan lesen untuk operasi bertingkat tinggi dan tidak boleh mempunyai tekanan darah tinggi atau, secara semulajadi mengalami takut ketinggian. Mereka tidak dibenarkan membawa benda-benda  yang boleh jatuh, seperti telefon bimbit atau jam tangan, dan perlu berhenti bekerja jika angin bertiup kuat.


Bangunan 101 adalah bangunan yang keempat tertinggi di dunia, berdiri di hadapan 1.614 kaki.
Ia dibuka pada tahun 2008 dan menempatkan dek pemerhatian yang tertinggi di dunia, manakala Park Hyatt Shanghai, menduduki tingkat 79 hingga 93, adalah hotel kedua tertinggi di dunia.







.

GEMPAR ..Mengaku Nabi, lelaki ini melukis "Peta Syurga"


Seorang lelaki Afrika Selatan mengaku telah menggambarkan sebuah "peta syurga" di dinding rumahnya. Lelaki bernama Sibusiso Mthembu, berasal dari Mandeni, sebuah kota kecil dekat Durban, itu juga mengaku sebagai nabi.

Warga kota itu berduyun-duyun mendatangi rumah lelaki berusia 64 tahun itu untuk melihat peta yang dimaksud. Mthembu mengatakan, dia membuatnya setelah empat kali mengunjungi syurga, seperti dipetik akhbar harian Sowetan.

Tidak cukup dengan pendedahan itu, Mthembu mengatakan, ada 11 syurga dan dia sudah mengunjungi semuanya. Dia bahkan mengaku pernah bertemu Tuhan dalam kunjungan keduanya ke syurga. Saat itu, katanya, dia singgah di sebuah planet Jadalem yang tertutup air dan ais.

"Yesus itu berkulit putih, sedangkan Tuhan itu agak abu-abu. Dan Tuhan itu masih muda," Mthembu menjelaskan.

Kepada Sowetan, Mthembu mengisahkan, pada 1993 seorang lelaki berkulit putih mendatanginya di rumah dan mengatakan bahawa syurga memerlukannya. Ketika "malaikat" itu kembali setahun kemudian, Mthembu diajak ke syurga.

"Saya diajak ke syurga kelima yang disebut Crista, di situ saya bertemu dengan Yesus di sebuah kota yang dinamakan Sharomy," katanya pada Sowetan.
Mthembu juga mengatakan, Harold Camping yang meramalkan bahawa dunia akan kiamat pada akhir Mei 2011 adalah hal yang benar, meskipun sampai hari ini ramalan itu tidak terjadi.


"Sebenarnya yang terjadi pada hari itu adalah terjadi pertemuan besar di syurga, yang dsebut Il-Banta, untuk membicarakan perang besar melawan setan," terangnya.
"Nabi mengatakan satu hari menurut Tuhan setara dengan 891 tahun, jadi 23 Mei itu merupakan awal hitungan untuk kiamat," ujar Mthembu.

Sejak kembali dari perjalanan terakhirnya ke syurga, pada 2008, Mthembu menggambarkan peta syurga dan penghuninya. Itulah yang ingin dia tunjukkan pada dunia.
"Saya tidak tahu mahu percaya atau tidak," kata seseorang yang melihat "peta syurga" di rumah Mthembu.

"Menurut saya, ini soal agama atau kepercayaan peribadi. Ada orang yang percaya itu benar-benar peta syurga, sementara yang lain tidak mempercayainya," ujar pengunjung itu.
Mthembu mengajak orang-orang di seluruh dunia untuk melihat peta syurga yang dibuatnya kerana suatu saat nanti pasti ada orang China, England, atau Jepun yang mengaku membuat peta syurga. "Afrika Selatan akan dilupakan sebagai tempat peta syurga pertama dibuat," katanya.

Selain membuat "peta syurga", Mthembu juga menulis beberapa buku yang berisi perjalanannya ke syurga.





P/S - %*^$#&^#$*($#E%







.

Sumber Minyak Pertama Kali Ditemui Di Kenya


Presiden Kenya, Mwai Kibaki mengumumkan penemuan sumber minyak di wilayah Timur Afrika buat pertama kalinya.

Perkembangan terbaru itu turut disahkan firma minyak asing dan mendakwa minyak mentah di Kenya mempunyai nilai tinggi sama seperti yang ditemui di negara jiran, Uganda.
Beliau turut memberi amaran bahawa nilai komersial sumber minyak yang ditemui di barat laut wilayah Turkana masih belum dapat dipastikan.

Bagaimanapun, katanya, beliau menyambut baik berita itu dan menyifatkannya sebagai penemuan mengejutkan.

Penemuan itu hanya diketahui pada hujung minggu lalu.










.

Gambar Marilyn Monroe yang tidak pernah disaksikan umum


Gambar menawan Marilyn Monroe yang dipercayai diambil oleh make-up artisnya ketika dia berehat, di set filem, telah muncul untuk dijual. Arkib daripada Allan 'Whitey' Snyder adalah luar biasa dan ianya bukan bertujuan untuk penerbitan.


Gambar-gambar yang dipercayai belum pernah disaksikan oleh umum itu menunjukkan imej-imej  Monroe ketika berusia 27 tahun. Dia adalah simbol seks ketika itu. Gambar-gambar itu telah diambil didalam filem 1953 movie Niagra, peranan pertamanya sebagai pelakon utama.

 
Niagara Falls boleh dilihat di latar belakang gambar-gambar itu.









.

Pelakon Gerak Khas dibebas dengan jaminan


Pelakon drama bersiri Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Wu Abdullah yang dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir dalam prosiding rayuan di Mahkamah Rayuan, dibebaskan dengan jaminan RM20,000 hari ini sementara menunggu rayuan pendakwa raya, esok.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan pelakon itu dibebaskan dengan seorang penjamin selepas membenarkan permohonannya.

Farid Amirul yang lebih dikenali dengan panggilan “Detektif Lim” ditangkap sepasukan polis di Tambun, Ipoh, Perak pada Jumaat lalu ekoran waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Disember tahun lalu kerana gagal hadir dalam prosiding rayuan pendakwa raya.

Dia ditangkap hasil maklumat orang ramai ketika terlibat membantu krew sebuah produksi menjalani pengambaran di negeri itu. Dia ditempatkan di lokap selama empat hari sebelum dibawa ke mahkamah hari ini.

Pendakwa raya merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Farid Amirul daripada hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 atas kesalahan mencuri buku, selepas membenarkan rayuannya pada 24 September 2010.











.

Spesies baru di Sulawesi

Sekumpulan saintis berjaya menemui satu spesies terbaru di kawasan pergunungan Mekongga di tenggara Sulawesi, sejenis serangga yang besar dan menakutkan yang digelar sebagai ‘raja tebuan’.

Spesies ini juga dikenali ‘tebuan naga komodo’ tebuan jantan kumpulan ini dikatakan mampu bersaiz lebih tiga sentimeter atau boleh membesarkan rahang lebih panjang daripada kaki depannya dan berbentuk seperti sabit.
Tebuan dibe terbabit, Megalara garuda dinamakan sempena simbol kebangsaan Indonesia, garuda iaitu sejenis hidupan mistik seperti burung.
Seorang profesor entomologi, di Universiti California di Davis, Lynn Kimsey dan Michael Ohl dari Muzium fur Naturkunde di Berlin menyiarkan penemuan bersama mereka itu dalam ZooKeys, sebuah jurnal bagi biodiversiti.

“Rahangnya terlalu besar hingga menutup sebelah kepala. Apabila rahang dibuka, ia sebenarnya lebih panjang daripada kaki hadapan lebah jantan,” kata Kimsey kepada penerbitan UC Davis selepas ekspedisi yang menemui lebah gergasi itu.

Kimsey berkata buat pertama kalinya beliau melihat spesies itu, di mana beliau tidak pernah melihatnya sebelum ini.

“Saya tidak pernah melihat spesis lain seperti Dalara ini,” katanya.
“Kami tidak tahu apa-apa mengenai biologi tebuan ini. Mereka hanya dikenali dari Sulawesi tenggara.”

Penyelidik berkenaan meramalkan bahawa rahang besar itu boleh memainkan peranan penting dalam pertahanan dan reproduksi.

Sebagai tambahan, beliau berkata rahang tebuan terlalu besar untuk mencengkam badan lebah betina dan memegangnya ketika mengawan. – Agensi










.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!