Sunday, April 1, 2012

China opens recordbreaking 4,000ft-long bridge


If you're behind the wheel and you aren't great with heights it's probably best not to look down.
This record-breaking bridge has opened allowing motorists to cross over a canyon - at 1,102ft.
Named the Aizhai Extra Large Suspension Bridge, it's now the world's highest and longest tunnel-to-tunnel bridge. Work started on the feat of engineering in October 2007 and the bulk of the work finished at the end of last year.

It is designed to ease traffic in the Jishou area of Hunan province and officially opened to motorists today.
Drivers can take in the views of the Dehang Canyon as they steer their way across all 3,858ft of the new sky-high road which links two tunnels.

The bridge, which is lit up at night with 1,888 lights, is the fourth suspension bridge to cross a valley so wide it seems to be connecting two mountain ranges.
Once on the bridge cars and lorries can motor along a two-way, four-lane motorway at about 50mph. Pedestrians can also walk along it on a special walkway under the road.


The bridge is a key part of the Jishou-Chadong Expressway, a 64-kilometre road which has 18 different tunnels which cover about half of its length. It is hoped the bridge will help ease traffic jams which are common in the mountainous area which has narrow, steep and winding roads.

The structure is supported by a base 78ft wide.
China is has the longest bridge in the world, the Danyang Kunshan Grand Bridge which is just over 100miles long and was built two years ago to carry the Beijing–Shanghai high-speed railway.





.

Sinar baru buat Fernando Torres


Fernando Torres akhirnya dilayan ‘selayaknya’ di Chelsea, menurut syarikat pengurus pemain yang mempunyai nilai 50 juta (RM245.1 juta). Antonio Sanz dari Bahia Internacional mengulangi pandangan yang diutarakan oleh penyerang Blues, Salomon Kalou, yang minggu ini mengakui semangatnya semakin pulih dengan kepercayaan yang diberikan pengurus sementara, Roberto Di Matteo.

Kalou mengakui bekas pengurus yang dipecat, Andre Villas-Boas enggan memilihnya kerana dia tidak menandatangani kontrak baru dan Sanz mendakwa Torres tidak dilayan dengan betul oleh pengurus kelahiran Portugal itu. Penyerang Sepanyol, Torres mula menunjukkan bayangan sebagai pemain termahal pernah dijual di kalangan kelab Inggeris selepas Chelsea membelinya dari Liverpool.

Dia diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam empat daripada tujuh perlawanan terakhir Blues sejak Di Matteo mengambil alih, selepas hanya menggalas tugas sebagai pengganti Didier Drogba sewaktu kendalian Villas-Boas.


“Villas-Boas tidak memandangnya tetapi ketibaan Di Matteo membolehkan dia kembali menerima kepercayaan sewajarnya,” kata Sanz.

Selepas gagal memburu jaringan sepanjang lima bulan bersama Villas-Boas, Torres hanya memerlukan tiga perlawanan untuk mengakhiri badi di depan gol selepas perlantikan Di Matteo.
Dia juga mengekalkan rekod bantuan jaringan dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara awal pagi Rabu lalu apabila Chelsea menang di Benfica.

“Dia bermain dengan baik dalam Liga Juara-Juara di Lisbon, membantu jaringan kemenangan yang disempurnakan Kalou.”

Begitupun masih terlalu awal untuk meletakkan Torres sebagai pembelian berbaloi ketika ini apatah lagi dia masih gugup di depan gawang lawan. Ketika perkara itu masih diperbincangkan, pemain berusia 28 tahun itu turut dikaitkan dengan perpindahan dari Stamford Bridge dan Sanz memberi bayangan betapa prestasi pada baki musim ini akan menentukan masa depannya untuk jangka masa panjang.

“Kami akan menilai masa depannya pada bulan berikutnya,” kata Sanz.

“Fernando masih mempunyai empat tahun dalam kontraknya bersama Chelsea dan situasi di sana sudah berubah.”

Roma yang dibeli sebuah konsortium Amerika Syarikat musim ini dan Juventus, adalah antara yang dikaitkan dengan Torres.

“Kami sedar mengenai projek baru di Roma dan hasrat pengurusnya, Luis Enrique, tetapi jika Roma mahukan Fernando, mereka perlu berbincang dengan Chelsea.

“Kejohanan di peringkat Itali bertaraf tinggi tetapi tiada perbincangan dengan Roma dan Juventus setakat ini,” katanya.






.

Kempen Earth Hour


Berjuta-juta orang di seluruh dunia menutup lampu sempena kempen Earth Hour hari ini dalam usaha global meningkatkan kesedaran mengenai perubahan iklim.


Dari Dataran Tahrir, Mesir sehingga Bangunan Empire State, New York, beribu-ribu bandar raya menutup lampu selama 60 minit dari 8.30 malam waktu tempatan.Kempen di seluruh dunia tersebut disaksikan dan direkodkan oleh angkasawan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). Seorang angkasawan yang berkongsi gambar dan mengulas secara langsung ketika kempen itu bermula, Andrea Kuipers berkata, tiada cara terbaik untuk meningkatkan kesedaran demi planet paling cantik di alam semesta ini.





.

Disahkan menghidap leukemia, pemain bola in terpaksa bersara


Khabar menyedihkan menimpa kelab Aston Villa. Kapten mereka, Stiliyan Petrov didiagnosa menderita leukemia akut pada jumaat. Berita ini cukup mengejutkan, kerana Petrov bermain penuh selama 90 minit ketika Villa dikalahkan 1-3 oleh Arsenal pada minggu lalu.


Sokongan terus menerus diterima oleh pemain negara Bulgaria itu dari sesama pemain Premier League. Dari rakan satu kelab, Darren Bent sehingga legenda England, Gary Lineker. Pemain berusia 32 tahun itu memulakan rawatan di sebuah hospital di London pada hari Isnin, dan mengeluarkan kenyataan sejurus selepas tiba di kelab, mengucapkan terima kasih kepada masyarakat bola sepak di atas sokongan mereka.


Pemain Chelsea termasuk John Terry dan Fernando Torres juga menunjukkan sokongan mereka sebelum perlawanan, (chelsea menang 2-4) dengan memakai t-shirt semasa warmup, 'fikiran kami sentiasa bersama anda' dengan nama dan nombor Petrov di belakang mereka.

Pemain antarabangsa Bulgaria itu berikrar untuk melawan penyakit dan mendedahkan dia telah menggunakan pemain tengah Bolton, Muamba sebagai inspirasi.





.

Juara Pidato Bahasa Melayu, Olga kahwini lelaki Melayu


Jika lima tahun lalu dia memilih untuk menyertai Pidato Bahasa Melayu, Piala Perdana Menteri 2007 dan muncul juara, kini gadis kelahiran Rusia itu memilih jejaka Melayu sebagai pasangan hidup.

Olga Vadimovna Vasilevskaya, 24, yang memegang Ijazah Bahasa Malaysia dan Pengajian Sejarah Melayu dari Universiti Moscow, Rusia bertemu jodoh dengan seorang usahawan tempatan, Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman, 29.

Bukan hanya mencintai bahasa Melayu dan jejaka Melayu, Olga turut mengambil keputusan memeluk agama Islam pada 9 Mac lalu di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan nama Islam, Azizah Abdullah. -UM





P/S - Alhamdulillah





.

Penemuan aneh..sangat aneh


Penemuan berpuluh-puluh kesan tapak kaki saiz gergasi heboh diperkatakan oleh penduduk yang tinggal di lereng Gunung Salabose, Majene, Sulawesi Barat.

Setakat ini, belum ada penjelasan daripada pihak berkuasa tempatan mengenai penemuan itu, tetapi lokasi penemuan itu kini menjadi tumpuan pengunjung yang datang ke Gunung Salabose.
Penduduk tempatan percaya kesan tapak kaki gergasi itu milik makhluk ghaib dan mereka memagarinya supaya tidak dipijak oleh pengunjung, lapor Kompas.com.

Menurut penduduk tempatan, kesan tapak kaki gergasi itu bukan hanya ditemui di kampung mereka, tetapi juga di lerang bukit menuju puncak Gunung Salabose.
Seorang penduduk, Abu berkata, pada mulanya tapak kaki itu ditemui tidak jauh dari kediaman mereka.


Penduduk yang ingin tahu kemudian mengukur ukuran tapak kaki tersebut. Memanfaatkan situasi, penduduk tempatan menyediakan kotak sukarela untuk sumbangan. Kini beberapa anggota polis dari Polres Majene berjaga untuk menjaga lalu lintas akibat penemuan heboh ini.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!